Terkini
(VIDEO) Usah popularkan trend buang bin/binti dalam sijil lahir anak – PPMM
Tindakan sebilangan ibu bapa tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
- Tindakan sebilangan ibu bapa tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
- Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, beliau khuatir sekiranya perkara itu diteruskan terdapat kelompok seperti LGBT dan pasangan luar nikah akan mengambil kesempatan terhadapnya.
- “Saya takut orang akan ambil kesempatan benda ini untuk penyebaran elemen-elemen LGBT semua sebab nama bin dan binti boleh dibuang nanti dia nak tukar jantina dengan mudah dia boleh mengelirukan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- Hisham tidak menafikan kesan buruk tindakan itu adalah mengelirukan masyarakat dari segi pengenalan jantina selain melibatkan harta pusaka, faraid dan sebagainya.
- “Saya tak nampak dari segi benefit positifnya tak nampak sangat sebab dia hanya sekadar nama kalau nama kita dah baik bin (atau binti) itu tiada isu pun sebenarnya,” katanya.
KUALA LUMPUR — Tindakan sebilangan ibu bapa tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, beliau khuatir sekiranya perkara itu diteruskan terdapat kelompok seperti LGBT dan pasangan luar nikah akan mengambil kesempatan terhadapnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan masyarakat tidak sewajarnya dididik untuk mempopularkan budaya mengetepikan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak.
“Saya takut orang akan ambil kesempatan benda ini untuk penyebaran elemen-elemen LGBT semua sebab nama bin dan binti boleh dibuang nanti dia nak tukar jantina dengan mudah dia boleh mengelirukan.
“Saya takut pihak yang mengambil kesempatan menggunakan benda ini atas dasar liberalisme dan dia punya kefahaman songsang itu.. setakat ini alasan-alasan itu saya tidak nampak lagi tapi kemungkinan orang boleh gunakan.
View this post on Instagram
“Berkenaan anak luar nikah pun merisaukan kalau benda dibudayakan, dibuang penggunaan bin dan binti itu saya risau benda ia akan memberi ruang kepada orang luar nikah ini dia dapat anak dia guna alasan itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebilangan ibu bapa yang dilihat memilih tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka kerana menganggap ia prosedur merumitkan dan tiada keperluan.
Hisham juga tidak menafikan kesan buruk daripada trend ini adalah mengelirukan masyarakat dari segi pengenalan jantina selain melibatkan harta pusaka, faraid dan sebagainya.
Mengulas alasan pihak tertentu kononnya ia memudahkan urusan di luar negara dan mengelakkan dipanggil ‘Miss binti’ atau sebagainya, Hisham berkata perkara itu tidak menjadi satu masalah kerana penggunaan bin atau binti menunjukkan identiti kita sebagai individu Melayu-Islam.
“Saya tak nampak dari segi benefit positifnya tak nampak sangat sebab dia hanya sekadar nama kalau nama kita dah baik bin (atau binti) itu tiada isu pun sebenarnya.
“Semua orang gunakan alasan (urusan) luar negara bukannya semua orang kerja di luar negara so kalau duduk di Malaysia ini buat apa nak terhegeh-hegeh buang nama bin atau binti itu sebab itu adalah identiti kita sendiri sebagai orang Melayu-Islam,” katanya. — The Merdeka Times