Terkini
Mahkamah benarkan Loh cabar pengislaman 3 anak secara sepihak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan ibu tunggal Loh Siew Hong untuk meneruskan permohonannya mengetepikan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan ibu tunggal Loh Siew Hong untuk meneruskan permohonannya mengetepikan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.
- Bekas suami Loh , seorang mualaf, Muhammad Nagahswaran Muniandy didakwa melarikan tiga anaknya dan menukar agama mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran Loh, dua tahun lalu.
- Loh juga memohon perisytiharan bahawa enakmen negeri Perlis – yang membenarkan ibu bapa tunggal mengislamkan anak di bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa yang lain – adalah tidak sah dari segi perlembagaan.
- Dia memohon pengisytiharan bahawa anak kembarnya yang berumur 13 tahun dan anak lelaki yang berumur 10 tahun adalah penganut agama Hindu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan ibu tunggal Loh Siew Hong untuk meneruskan permohonannya mengetepikan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.
Mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Loh berhubung penukaran agama yang dibuat bekas suaminya yang juga seorang mualaf, Muhammad Nagahswaran Muniandy.
Nagahswaran didakwa melarikan tiga anaknya dan menukar agama mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran Loh, dua tahun lalu.
Dengan keputusan ini, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar merit semakan kehakiman tersebut.
Pada Disember lalu, mahkamah sivil memberikan hak penjagaan penuh tiga anak tersebut kepada Loh.
Pada 21 Februari, mahkamah juga membenarkan permohonan habeas corpus Loh untuk disatukan semula dengan anak-anaknya.
Sebelum ini Loh memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan pendaftaran penukaran agama anak-anaknya oleh Pendaftar Muallaf Perlis bertarikh 7 Julai 2020.
Loh memohon beberapa perisytiharan mahkamah, antaranya Nagahswaran tidak layak menukar agama anak-anak mereka kepada Islam berdasarkan peruntukan undang-undang.
Loh juga memohon perisytiharan bahawa enakmen negeri Perlis – yang membenarkan ibu bapa tunggal mengislamkan anak di bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa yang lain – adalah tidak sah dari segi perlembagaan.
Dia memohon pengisytiharan bahawa anak kembarnya yang berumur 13 tahun dan anak lelaki yang berumur 10 tahun adalah penganut agama Hindu.
Sumber : Malaysia Kini