Connect with us

Antarabangsa

Perancis: Tindakan sekolah minta jumlah ketidakhadiran ketika hari raya cetuskan kemarahan ramai

Kumpulan anti-perkauman, pemimpin Islam dan kesatuan guru menggesa siasatan dilakukan selepas kerajaan Perancis meminta sekolah memberi maklumat mengenai bilangan pelajar tidak hadir semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perancis: Tindakan sekolah minta jumlah ketidakhadiran ketika hari raya cetuskan kemarahan ramai
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan anti-perkauman, pemimpin Islam dan kesatuan guru menggesa siasatan dilakukan selepas kerajaan Perancis meminta sekolah memberi maklumat mengenai bilangan pelajar tidak hadir semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
  • Media Perancis minggu lalu melaporkan taska, sekolah rendah dan sekolah menengah di Toulouse menerima permintaan daripada polis pada hujung April meminta mereka memberikan jumlah ketidakhadiran pelajar pada Jumaat, 21 April lalu, semasa perayaan Aidilfitri.
  • Menurut laporan Middle East Eyes, Setiausaha Negara bagi Kewarganegaraan, Sonia Backes pada Ahad berkata, Kementerian Dalam Negeri meminta maklumat itu sebagai sebahagian daripada “penilaian kadar ketidakhadiran yang diperhatikan pada hari raya Aidilfitri”.
  • Hubungan rapuh Perancis dengan komuniti Islamnya, yang berjumlah lebih lima juta orang, diuji sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas Presiden Emmanuel Macron memperkenalkan beberapa undang-undang kontroversi, termasuk undang-undang anti-separatisme dan piagam imam.

Kumpulan anti-perkauman, pemimpin Islam dan kesatuan guru menggesa siasatan dilakukan selepas kerajaan Perancis meminta sekolah memberi maklumat mengenai bilangan pelajar tidak hadir semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Media Perancis minggu lalu melaporkan taska, sekolah rendah dan sekolah menengah di Toulouse menerima permintaan daripada polis pada hujung April meminta mereka memberikan jumlah ketidakhadiran pelajar pada Jumaat, 21 April lalu, semasa perayaan Aidilfitri.

Menurut laporan Middle East Eyes, Setiausaha Negara bagi Kewarganegaraan, Sonia Backes pada Ahad berkata, Kementerian Dalam Negeri meminta maklumat itu sebagai sebahagian daripada “penilaian kadar ketidakhadiran yang diperhatikan pada hari raya Aidilfitri”.

“Kementerian sentiasa mengkaji kesan cuti keagamaan tertentu terhadap fungsi perkhidmatan awam, khususnya dalam lingkungan sekolah,” ciapnya di Twitter, menafikan permintaan itu bertujuan mengenal pasti pelajar mengikut agama.

Walaupun Perancis adalah negara sekular, enam daripada 12 cuti kebangsaan adalah acara kalendar Katolik, manakala enam lagi tidak mempunyai konotasi keagamaan.

Kumpulan hak asasi manusia SOS Racisme mengkritik permintaan kerajaan itu dengan menyifatkannya sebagai banci mengenai kepercayaan yang salah di bawah undang-undang sekularisme Perancis.

“Untuk cuti keagamaan lain, adakah Kementerian Dalam Negeri ada meminta penilaian kadar ketidakhadiran?” kata kumpulan itu di Twitter.

Jurucakap serantau bagi kesatuan guru SUD-Education juga memerli permintaan itu dan menyeru “Koresponden Polis Keselamatan Sekolah, wilayah dan rektorat untuk meminta penjelasan mengenai prosedur itu dan menuntut penarikan balik secara rasmi injunksi itu yang serupa dengan pengecaman.”

Kesatuan Masjid berkata “keluarga mesti dimaklumkan dengan sewajarnya dan diyakinkan tentang maklumat yang diberikan beberapa ketua sekolah yang malangnya, menjawab permintaan polis”.

Hubungan rapuh Perancis dengan komuniti Islamnya, yang berjumlah lebih lima juta orang, diuji sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas Presiden Emmanuel Macron memperkenalkan beberapa undang-undang kontroversi, termasuk undang-undang anti-separatisme dan piagam imam.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia menganggap undang-undang itu bersifat Islamofobik dan pemerhati mendakwa minoriti Islam dihukum secara kolektif ekoran tindakan segelintir pihak yang melakukan serangan.

Sumber: Middle East Eyes

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *