Connect with us

Terkini

Caruman KWSP 20 peratus undang malapetaka ekonomi – DPIM

Kerajaan diminta supaya membuat penilaian secara menyeluruh sebelum menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 20 peratus.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertimbangan sewajarnya perlu dilihat daripada sudut tabungan persaraan rakyat dan kesan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan 
  • Ini kerana secara dasarnya kata beliau, cadangan berkenaan bagus untuk simpanan persaraan rakyat, namun, ia bakal mengundang malapetaka ekonomi industri keusahawanan dan PKS.
  • “Kesan ekonomi masih terasa hingga hari ini dan cadangan ini bakal menyelesaikan isu pokok yang mana seramai 5.1 juta ahli KWSP atau 76 peratus yang mempunyai baki kurang RM10,000.
  • “Namun, cara lain yang boleh menyelesaikan isu ini adalah dengan memberikan dividen secara “tier rate” yang lebih banyak kepada pencarum yang mempunyai baki kurang RM 10,000,” katanya menerusi kenyataan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta supaya membuat penilaian secara menyeluruh sebelum menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 20 peratus.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, pertimbangan sewajarnya perlu dilihat daripada sudut tabungan persaraan rakyat dan kesan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ini kerana secara dasarnya kata beliau, cadangan berkenaan bagus untuk simpanan persaraan rakyat, namun, ia bakal mengundang malapetaka ekonomi industri keusahawanan dan PKS.

“Dari sudut pandang rakyat, ramai tentunya gembira dengan cadangan ini. Rakyat sememangnya terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak 2020.

“Kesan ekonomi masih terasa hingga hari ini dan cadangan ini bakal menyelesaikan isu pokok yang mana seramai 5.1 juta ahli KWSP atau 76 peratus yang mempunyai baki kurang RM10,000.

“Namun, cara lain yang boleh menyelesaikan isu ini adalah dengan memberikan dividen secara “tier rate” yang lebih banyak kepada pencarum yang mempunyai baki kurang RM 10,000.

“Dengan cara ini, majikan tidak tertekan dan ahli KWSP dapat menikmati pulangan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan.

Shahir berkata, daripada sudut pandang majikan pula, terutama industri PKS, cadangan caruman 20 peratus adalah membebankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu boleh dilaksanakan kiranya caruman tersebut dibuat secara tier rate juga.

“Mungkin 20 peratus diperkenalkan kepada graduan yang mula bekerja atau mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500.

“Perkiraan 13 peratus dan 20 peratus hanyalah peningkatan sebanyak RM105 sebulan bagi tangga gaji tersebut,” ujarnya.

Justeru, Shahir berkata, kerajaan perlu memberikan penyelesaian terbaik untuk semua tanpa terikut-ikut rentak populis untuk memancing undi.

“Harus diingat, hutang negara kini termasuk liabiliti sudah mencecah RM1.5 trillion.

“Sekiranya perniagaan PKS menjunam, ianya melibatkan 7.3 juta pekerja yang menyumbang kepada 48.4 peratus kepada guna tenaga negara,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *