Tindakan kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara, ternyata mencetuskan pelbagai pertikaian dan polemik daripada banyak pihak.
Sarjana Media dan Sejarah, Profesor Ahmad Murad Merican menyifatkan bahawa sistem sekolah swasta, dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematik amalan perpaduan negara.
Sarjana Bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berpendapat bahawa sekolah persendirian Cina tidak seharusnya diberikan keistimewaan kerana sekolah berkenaan tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996.