Ketegangan di rantau Asia Pasifik semakin meruncing selepas China mengeluarkan peta rasmi yang mengundang gelombang bantahan oleh negara-negara jirannya, lapor portal berita Daily Express kelmarin.
Malaysia perlu meningkatkan kawalan keselamatan maritim negara susulan tuntutan China di Laut China Selatan seperti yang digariskan melalui 'Peta Standard China Edisi 2023'.