Connect with us

Terkini

Tuntutan bertindih China: Keselamatan maritim perlu dipertingkat

Malaysia perlu meningkatkan kawalan keselamatan maritim negara susulan tuntutan China di Laut China Selatan seperti yang digariskan melalui ‘Peta Standard China Edisi 2023’.

Wartawan TMT

Published

on

Tuntutan bertindih China: Keselamatan maritim perlu dipertingkat
Foto: Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.
  • Malaysia perlu meningkatkan kawalan keselamatan maritim negara susulan tuntutan China di Laut China Selatan seperti yang digariskan melalui ‘Peta Standard China Edisi 2023’.
  • Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata jika perlu, Malaysia juga perlu memaklumkan mengenai tindakannya itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • Pemakluman kepada PBB itu penting kerana ia boleh mencegah sebarang kemungkinan tindakan agresif China terhadap negara ini, katanya.
  • Selain Malaysia dan India tidak mengiktiraf Peta Standard China Edisi 2023 yang dikeluarkan Beijing, dua lagi negara iaitu Filipina dan Taiwan, turut membuat bantahan.
  • Terdahulu, Wisma Putra menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang menunjukkan tuntutan maritim sepihak China.

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meningkatkan kawalan keselamatan maritim negara susulan tuntutan China di Laut China Selatan seperti yang digariskan melalui ‘Peta Standard China Edisi 2023’.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata jika perlu, Malaysia juga perlu memaklumkan mengenai tindakannya itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengulas lanjut, katanya, pemakluman kepada PBB itu penting kerana ia boleh mencegah sebarang kemungkinan tindakan agresif China terhadap negara ini.

“PBB boleh dimaklumkan mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS)…ini boleh mencegah tindakan agresif China.

“Malaysia juga perlu memaklumkan tindakan kita kepada negara ASEAN yang lain,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Sumber Asli China menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Advertisement

Ia turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, Wisma Putra mengambil tindakan tepat dalam menjelaskan pendirian Malaysia berhubung perkara berkenaan melalui nota bahatan yang akan dihantar kepada China.

“Ini kerana surat protes adalah kaedah paling utama untuk mengukuhkan hak dan kedaulatan negara,” katanya.

Terdahulu, Wisma Putra menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang menunjukkan tuntutan maritim sepihak China.

Wisma Putra menegaskan peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia dan kerajaan kekal dengan pendiriannya dalam isu tuntutan dan persempadanan maritim di Laut China Selatan, yang secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

Malaysia juga akan menghantar nota bantahan kepada China susulan tuntutan negara berkenaan di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Advertisement

Selain Malaysia dan India tidak mengiktiraf Peta Standard China Edisi 2023 yang dikeluarkan Beijing, dua lagi negara iaitu Filipina dan Taiwan, turut membuat bantahan.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending