Connect with us

Terkini

Media di Malaysia masih ditawan oleh pemikiran penjajah, tiada kebebasan

Published

on

foto: Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican
  • Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, media di negara ini kelihatan tidak mempersoalkan dominasi serta hegemoni orde dunia selain tidak kritis mengenai model-model pembangunan Barat.
  • Selain itu, tambahnya, media juga masih menganggap isu Palestin sebagai perang serta konflik sedangkan ia adalah satu penjajahan dan pembunuhan beramai-ramai atau genosid. 
  • Sehubungan itu, Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tersebut berkata, keseluruhan iklim pemikiran, budaya, pendidikan dan sejarah dalam kerangka media di negara ini wajar dirombak. 

KUALA LUMPUR – Media kewartawanan di Malaysia dilihat masih terbelenggu dengan cara fikir lama yang diwarisi daripada zaman penjajah dan belum keluar daripada kepompong sudut pandang luar dan pemujaan Barat.

Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, media di negara ini kelihatan tidak mempersoalkan dominasi serta hegemoni orde dunia selain tidak kritis mengenai model-model pembangunan Barat.

Selain itu, tambahnya, media juga masih menganggap isu Palestin sebagai perang serta konflik sedangkan ia adalah satu penjajahan dan pembunuhan beramai-ramai atau genosid. 

Sehubungan itu, Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tersebut berkata, keseluruhan iklim pemikiran, budaya, pendidikan dan sejarah dalam kerangka media di negara ini wajar dirombak. 

“Perlu ada proses revolusi budaya dan intelektual yang berterusan. Alat media adalah saluran dan senjata yang menerbitkan kesedaran. Tapi kesedaran itu juga dicorak oleh bagainana kita sedar akan masa lalu. 

“Acuannya adalah kesedaran masyarakat yang lebih luas dan dalam. Hal ini bagaimana institusi awam dalam sesebuah negara menangani gejala ‘hijab’ penjajahan.

“Media dan kewartawanan perlu merdeka daripada kekolotan sejarah penjajahan,” katanya kepada The Merdeka Times.

3 Mei lalu, dunia menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang menjadi peringatan penting bagi kerajaan di seluruh dunia untuk menghormati komitmen mereka terhadap kebebasan media. 

Dalam pada itu, Ahmad Murad dalam hantaran di Facebook berpendapat, falsafah dan amalan kebebasan akhbar hanya dapat diterima jika media tidak menjadi alat peperangan dan berhenti bersubahat dalam jenayah kemanusiaan atau genosid. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author