Connect with us

Terkini

Data pendidikan Bumiputera tidak diselaras punca dasar lemah – Dr. Anuar

Published

on

Foto: Felo Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad.
  • Felo Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, data pendidikan Bumiputera yang tidak dipusatkan dan tidak diselaraskan dengan baik menjadi antara cabaran utama dalam memastikan dasar serta intervensi pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih tepat dan berkesan.
  • “​Saya bagi contoh, kita bercakap soal kemerosotan aliran sains tulen. Kalau kita lihat data sejak 10 tahun dulu, kita dapati bahawa jumlah pelajar yang masuk di dalam aliran sains tulen ini semakin merosot. Tetapi kita tidak tahu sehingga kini berapa sebenarnya bilangan pelajar Bumiputera yang yang terlibat dalam sains tulen dan mereka merosot? Dan apakah bilangan mereka yang gagal di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Di manakah mereka berada, sama ada di di sebelah Pantai Timur, Pantai Barat, Selatan Semenanjung Malaysia, bagaimana pula dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak?,” katanya.

KUALA LUMPUR – Data pendidikan Bumiputera yang tidak dipusatkan dan tidak diselaraskan dengan baik menjadi antara cabaran utama dalam memastikan dasar serta intervensi pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih tepat dan berkesan. 

Felo Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, isu pendidikan Bumiputera bukan berpunca daripada kekurangan idea atau cadangan dasar, sebaliknya lebih kepada kelemahan pelaksanaan yang masih perlu ditangani secara menyeluruh.

“​Saya bagi contoh, kita bercakap soal kemerosotan aliran sains tulen. Kalau kita lihat data sejak 10 tahun dulu, kita dapati bahawa jumlah pelajar yang masuk di dalam aliran sains tulen ini semakin merosot. 

“Tetapi kita tidak tahu sehingga kini berapa sebenarnya bilangan pelajar Bumiputera yang yang terlibat dalam sains tulen dan mereka merosot? Dan apakah bilangan mereka yang gagal di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Di manakah mereka berada, sama ada di di sebelah Pantai Timur, Pantai Barat, Selatan Semenanjung Malaysia, bagaimana pula dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak? 

“Jadi data-data ini apabila tidak dipusatkan, diselaraskan dan dikongsikan kepada masyarakat, maka kita tidak dapat lihat dengan jelas di manakah sasaran yang perlu kita tumpukan,” katanya.

​Tambah beliau, keutamaan yang turut mendesak ialah mewujudkan sebuah sekretariat atau badan khusus yang diberi tanggungjawab memantau, menyelaraskan, dan memastikan pelaksanaan dasar tersebut berjalan secara konsisten. 

Kewujudan entiti seperti itu dilihat penting bagi mengelakkan dasar kekal bersifat terpisah, bertindih, atau tidak sampai kepada kumpulan sasaran secara berkesan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author