Connect with us

Terkini

Tiada misi kedua bawa rakyat Palestin cedera – Mohamed Khaled

Tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • “Kita kena faham 70,000 rakyat Palestin dapat lintas sempadan dan tinggal di Mesir, namun negara itu tidak mampu, jadi kita bantu seadanya dan yang termampu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO di Kuala Lumpur malam semalam.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata pihaknya berjanji akan memberi bantuan perubatan dan selepas itu menghantar semula semua rakyat Palestin itu pulang ke negara mereka.
  • “Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, bahkan mereka tidak mahu meninggalkan tanah air mereka. Mereka rela mati di negara itu. Mereka mahu kembali ke tanah air, tidak mahu dihalau dari tempat tinggal,” katanya.

KUALA LUMPUR — Tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kita kena faham 70,000 rakyat Palestin dapat lintas sempadan dan tinggal di Mesir, namun negara itu tidak mampu, jadi kita bantu seadanya dan yang termampu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO di sini malam semalam.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya berjanji akan memberi bantuan perubatan dan selepas itu menghantar semula semua rakyat Palestin itu pulang ke negara mereka.

“Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, bahkan mereka tidak mahu meninggalkan tanah air mereka. Mereka rela mati di negara itu. Mereka mahu kembali ke tanah air, tidak mahu dihalau dari tempat tinggal,” katanya.

Terdahulu ketika ucapan perasmian itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata bahawa Malaysia akan terus melakukan apa sahaja yang terdaya dalam membantu perjuangan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel.

Beliau berkata kuasa-kuasa besar dunia enggan menghentikan Israel daripada melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Majlis perasmian itu turut dihadiri pimpinan tertinggi UMNO dan ketua ketiga-tiga sayap parti.

Perhimpunan Agung UMNO berlangsung bermula semalam hingga 24 Ogos di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur melibatkan seramai 6,433 perwakilan dari seluruh negara. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *