Connect with us

Terkini

Mahkamah syariah tidak lebih rendah dari mahkamah sivil – Hakim Mahkamah Persekutuan

Kedudukan mahkamah syariah tidak lebih rendah berbanding mahkamah sivil memandangkan kedua-duanya merupakan cabang berbeza dalam sistem perundangan Malaysia yang diiktiraf perlembagaan, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kedudukan mahkamah syariah tidak lebih rendah berbanding mahkamah sivil memandangkan kedua-duanya merupakan cabang berbeza dalam sistem perundangan Malaysia yang diiktiraf perlembagaan, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan.
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais dilaporkan berkata demikian dalam keputusan majoriti 2-1 yang menolak usaha wanita berusia 36 tahun yang menginginkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak dibatalkan.
  • Keputusan majoriti itu turut melibatkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang tidak bersetuju dengan hujah pemohon bahawa mahkamah syariah hanya setara dengan tribunal yang lebih rendah dan tidak boleh dibandingkan dengan mahkamah sivil.

KUALA LUMPUR — Kedudukan mahkamah syariah tidak lebih rendah berbanding mahkamah sivil memandangkan kedua-duanya merupakan cabang berbeza dalam sistem perundangan Malaysia yang diiktiraf perlembagaan, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di negara ini.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais dilaporkan berkata demikian dalam keputusan majoriti 2-1 yang menolak usaha wanita berusia 36 tahun yang menginginkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak dibatalkan.

Keputusan majoriti itu turut melibatkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang tidak bersetuju dengan hujah pemohon bahawa mahkamah syariah hanya setara dengan tribunal yang lebih rendah dan tidak boleh dibandingkan dengan mahkamah sivil.

Peguam wanita itu menyandarkan hujah mereka kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018 melibatkan pengislaman anak secara sebelah pihak membabitkan guru tadika, M Indira Gandhi. 

Mahkamah Persekutuan pada ketika itu memutuskan penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dilakukan dengan persetujuan bersama ibu dan bapa. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending