Terkini
Pesakit di hospital Gaza berpotensi mati disebabkan sepsis
Seorang doktor dari Jewish Voice for Peace menegaskan mereka yang berada di hospital di Gaza berpotensi mati disebabkan sepsis, jangkitan atau gangren, selain ada yang akan mati mengejut apabila alat pernafasan mereka berhenti berfungsi.
- Seorang doktor dari Jewish Voice for Peace menegaskan mereka yang berada di hospital di Gaza berpotensi mati disebabkan sepsis, jangkitan atau gangren, selain ada yang akan mati mengejut apabila alat pernafasan mereka berhenti berfungsi.
- Dr Alice Rothchild memberitahu Al Jazeera bahawa tiada apa-apa yang positif berkenaan situasi hospital di Gaza.
- Katanya; “Apa yang akan berlaku ialah orang ramai akan menderita, dan sebahagian daripada mereka akan mati.
- “Mereka boleh mati perlahan-lahan disebabkan sepsis, jangkitan atau gangren. Dan ada yang akan mati mengejut apabila alat pernafasan mereka berhenti berfungsi.
- “Tanpa bahan api, penjana elektrik dan ambulans tidak akan dapat berfungsi,” jelasnya kepada Al Jazeera.
Seorang doktor dari Jewish Voice for Peace menegaskan mereka yang berada di hospital di Gaza berpotensi mati disebabkan sepsis, jangkitan atau gangren, selain ada yang akan mati mengejut apabila alat pernafasan mereka berhenti berfungsi.
Dr Alice Rothchild memberitahu Al Jazeera bahawa tiada apa-apa yang positif berkenaan situasi hospital di Gaza.
“Apa yang akan berlaku ialah orang ramai akan menderita, dan sebahagian daripada mereka akan mati.
“Mereka boleh mati perlahan-lahan disebabkan sepsis, jangkitan atau gangren. Dan ada yang akan mati mengejut apabila alat pernafasan mereka berhenti berfungsi.
“Sebuah hospital moden abad ke-21 memerlukan tenaga elektrik dan kuasa untuk menggunakan semua instrumen dan peralatannya secara keseluruhan.
“Tanpa bahan api, penjana elektrik dan ambulans tidak akan dapat berfungsi,” jelasnya kepada Al Jazeera.
Dr Alice turut mengajak orang ramai memikirkan tentang petugas-petugas hospital yang keletihan serta trauma, selain ramai dari mereka didapati sakit kerana adanya penyakit berjangkit yang kini berleluasa.
Maklumat terkini daripada Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Abu Rish memaklumkan AFP bahawa semua hospital di utara Semenanjung Gaza kini “tidak beroperasi”.
Sumber: Al Jazeera