Connect with us

Terkini

Penyakit X: KKM cadang bangunkan pelan pandemik komprehensif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan satu pelan pandemik komprehensif bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit X yang masih belum diketahui ini.

Wartawan TMT

Published

on

Penyakit X: KKM cadang bangunkan pelan pandemik komprehensif
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan satu pelan pandemik komprehensif bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit X yang masih belum diketahui ini.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, perluasan kempen vaksinasi dan penyediaan peruntukan khas pandemik adalah penting seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
  • “Selain itu, pendekatan ‘One Health’ yang menekankan hubungan antara manusia, haiwan dan kesihatan alam sekitar adalah komponen penting untuk mengeratkan kerjasama antara pelbagai disiplin.
  • “Penjagaan kesihatan individu dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman, menguruskan berat badan dan mengelakkan faktor risiko seperti merokok juga boleh memantapkan kesiapsiagaan terhadap Penyakit X,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan satu pelan pandemik komprehensif bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit X yang masih belum diketahui ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, perluasan kempen vaksinasi dan penyediaan peruntukan khas pandemik adalah penting seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Kata beliau, ini termasuk pemantauan berterusan, tindakan proaktif, penggunaan antibiotik yang rasional, langkah-langkah kawalan dan kerjasama antarabangsa.

“Selain itu, pendekatan ‘One Health’ yang menekankan hubungan antara manusia, haiwan dan kesihatan alam sekitar adalah komponen penting untuk mengeratkan kerjasama antara pelbagai disiplin.

“Penjagaan kesihatan individu dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman, menguruskan berat badan dan mengelakkan faktor risiko seperti merokok juga boleh memantapkan kesiapsiagaan terhadap Penyakit X,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, walaupun ciri-ciri Penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit ini belum diketahui, pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya.

Berbanding dengan Covid-19 yang kurang menyebabkan kematian, jelasnya, Penyakit X dijangka mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola.

“Penularan Penyakit X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuklah secara zoonotik, iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia.

“Kadar penyebaran Penyakit X akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan kontak manusia dan haiwan, ditambah dengan pergerakan manusia merentas negara yang semakin mudah sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Radzi berkata, KKM sentiasa bersiap siaga dan berwaspada terhadap kemungkinan munculnya Penyakit X berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani penyakit seperti Covid-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV.

Katanya, sistem kesihatan negara juga sentiasa diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan yang mungkin berlaku.

Walaupun kemungkinan berlakunya Penyakit X perlu diberi perhatian, kebimbangan berlebihan perlu dielakkan, jelas beliau.

“Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya mengikuti garis panduan kesihatan, mengamalkan kesihatan baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan penyakit ini,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending