Terkini
Jam tangan Swatch dikaitkan dengan LGBT, kerajaan fail afidavit 6 Oktober
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan kerajaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya 6 Oktober ini berhubung permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan, Swatch bagi mencabar tindakan pihak responden itu merampas 172 jam tangan dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
- Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan kerajaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya 6 Oktober ini berhubung permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan, Swatch bagi mencabar tindakan pihak responden itu merampas 172 jam tangan dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
- Peguam Persekutuan mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), Mohammad Sallehuddin Md Ali, berkata Swatch perlu memfailkan afidavit balas selewat-lewatnya 20 Oktober ini.
- “Mahkamah hari ini memberi arahan pemfailan afidavit dan pengurusan kes seterusnya pada 25 Oktober ini.
- “Tarikh bicara belum ditetapkan lagi kerana baru pada peringkat pengurusan kes,” katanya kepada BH selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli.
- Pada 23 Ogos lalu, Hakim Datuk Amarjeet Singh, membenarkan permohonan semakan kehakiman berkenaan selepas peguam bela syarikat terbabit, Nizam Bashir, memaklumkan AGC tidak membantah permohonan itu.
- Pada 24 Jun lalu, Swatch menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates memfailkan permohonan terbabit dengan menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan kerajaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya 6 Oktober ini berhubung permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan, Swatch bagi mencabar tindakan pihak responden itu merampas 172 jam tangan dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Peguam Persekutuan mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), Mohammad Sallehuddin Md Ali, berkata Swatch perlu memfailkan afidavit balas selewat-lewatnya 20 Oktober ini.
“Mahkamah hari ini memberi arahan pemfailan afidavit dan pengurusan kes seterusnya pada 25 Oktober ini.
“Tarikh bicara belum ditetapkan lagi kerana baru pada peringkat pengurusan kes,” katanya kepada BH selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli.
Pada 23 Ogos lalu, Hakim Datuk Amarjeet Singh, membenarkan permohonan semakan kehakiman berkenaan selepas peguam bela syarikat terbabit, Nizam Bashir, memaklumkan AGC tidak membantah permohonan itu.
Pada 24 Jun lalu, Swatch menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates memfailkan permohonan terbabit dengan menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat.
Dalam permohonannya, Swatch mendakwa penyitaan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.
Syarikat itu berkata, istilah penerbitan merujuk kepada dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.
Pemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar, mengambil kira pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang di beberapa negeri penting.
Ia mendakwa menteri sedang mencari pengiktirafan Islam bagi tujuan politik.
Pemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan mengenai keamanan dan cinta.
Katanya, jam tangan daripada reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan.
Pemohon menuntut satu perintah certiorari dan mandamus untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan serta ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.
Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan LGBT.
Serbuan selama dua hari diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.
Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.
Sumber: Berita Harian