Connect with us

Terkini

Guna isu kaum, agama raih sokongan politik tidak baik untuk negara – Premier Sarawak

Sikap sesetengah pemimpin yang sanggup menggunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih sokongan politik adalah tidak baik untuk negara ini terutama dalam situasi Malaysia berdepan pelbagai cabaran global, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guna isu kaum, agama raih sokongan politik tidak baik untuk negara – Premier Sarawak
Foto: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Sikap sesetengah pemimpin yang sanggup menggunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih sokongan politik adalah tidak baik untuk negara ini terutama dalam situasi Malaysia berdepan pelbagai cabaran global, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Beliau berkata ini kerana perbuatan terdesak seperti itu boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat berbilang kaum sekali gus mengganggu tumpuan negara untuk menggunakan segala sumbernya bagi melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.   
  • “Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita semua berusaha untuk memahami bahawa kepentingan negara mengatasi segala kepentingan yang lain.
  • “Negara memerlukan kerajaan yang kuat untuk menggalas tanggungjawab merencana hala tuju ekonomi yang jelas ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi supaya kemerdekaan memberi pengertian yang sebenarnya kepada kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 di Dewan Politeknik Mukah di sini semalam.

MUKAH — Sikap sesetengah pemimpin yang sanggup menggunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih sokongan politik adalah tidak baik untuk negara ini terutama dalam situasi Malaysia berdepan pelbagai cabaran global, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ini kerana perbuatan terdesak seperti itu boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat berbilang kaum sekali gus mengganggu tumpuan negara untuk menggunakan segala sumbernya bagi melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.      

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita semua berusaha untuk memahami bahawa kepentingan negara mengatasi segala kepentingan yang lain.

“Negara memerlukan kerajaan yang kuat untuk menggalas tanggungjawab merencana hala tuju ekonomi yang jelas ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi supaya kemerdekaan memberi pengertian yang sebenarnya kepada kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 di Dewan Politeknik Mukah di sini semalam.

Malaysia katanya telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada sebuah ekonomi pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang dipacu oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan sehingga menjadi negara pengeksport utama barangan elektrik dan elektronik.

Katanya, berdasarkan laporan Bank Dunia, pertumbuhan ekonomi negara berada secara purata pada sekitar 5.4 peratus sejak 2010 dan dijangka mencapai transisi daripada sebuah ekonomi pendapatan pertengahan tinggi atas kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024.

“Namun, janganlah kita leka dan terus ‘bercakaran’ sesama sendiri kerana ia cenderung membawa kepada perpecahan dari segi perbezaan agama dan bangsa atau keturunan, atau dari segi wilayah.

“Jika kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan asyik ‘berbentes’ (bertelagah) seperti kata Allahyarham Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) maka tenaga dan pemikiran kita hanya ditumpukan untuk menidakkan dan mengalahkan pihak lawan,” ujarnya.

Justeru, Abang Johari berkata penghayatan perjuangan para pemimpin yang terdahulu bukan sekadar melaungkan slogan “Merdeka” tetapi terus memperkukuh semangat perpaduan dan semangat saling menghormati antara kaum agar negara ini terus melangkah dengan yakin dan berani ke arah negara yang dihormati dan disegani di rantau ini dan di seluruh dunia.

Mengenai perkembangan ekonomi Sarawak, Abang Johari berkata pendapatan wilayah itu sudah bertambah kepada satu setengah kali ganda kepada RM12 bilion pada tahun lepas malah diiktiraf Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita sebanyak RM61,442 atau US$13,205.

“Namun, kita belum boleh bergembira sepenuhnya dengan pencapaian ini kerana pendapatan isi rumah rakyat pada tahap RM4,978 pada 2022, masih belum sampai ke tahap pada peringkat nasional,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *