Terkini
Sanusi tak laku di Johor – Ahli MKT UMNO
Rakyat negeri ini termasuk pengundi di Parlimen Pulai tidak mudah terpengaruh dengan individu yang berpersonaliti ekstrim seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
- Rakyat negeri ini termasuk pengundi di Parlimen Pulai tidak mudah terpengaruh dengan individu yang berpersonaliti ekstrim seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, masyarakat Melayu Johor lebih bersederhana apabila membicarakan tentang agama dan kaum.
- Justeru, beliau yakin retorik agama dan kaum dibawakan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mempengaruhi rakyat negeri ini untuk mengundi pembangkang dalam PRK, 9 September ini.
- “Jangan keliru negeri-negeri utara dan pantai timur dengan negeri selatan Malaysia. Di Johor ini, orang seperti Sanusi tidak laku kerana orang Johor terima pendidikan agama melalui sekolah kerajaan, jadi bukan ekstremis.
- “Melayu di Johor ini juga sangat objektif apabila mengundi dan tidak akan mudah terpengaruh oleh isu agama dan kaum yang dimainkan PN untuk tarik sokongan pengundi, mereka lebih sederhana,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Hotel Thistle, di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden Amanah, Adly Zahari dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan
JOHOR BAHRU: Rakyat negeri ini termasuk pengundi di Parlimen Pulai tidak mudah terpengaruh dengan individu yang berpersonaliti ekstrim seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, masyarakat Melayu Johor lebih bersederhana apabila membicarakan tentang agama dan kaum.
Justeru, beliau yakin retorik agama dan kaum dibawakan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mempengaruhi rakyat negeri ini untuk mengundi pembangkang dalam PRK, 9 September ini.
“Jangan keliru negeri-negeri utara dan pantai timur dengan negeri selatan Malaysia. Di Johor ini, orang seperti Sanusi tidak laku kerana orang Johor terima pendidikan agama melalui sekolah kerajaan, jadi bukan ekstremis.
“Melayu di Johor ini juga sangat objektif apabila mengundi dan tidak akan mudah terpengaruh oleh isu agama dan kaum yang dimainkan PN untuk tarik sokongan pengundi, mereka lebih sederhana,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Hotel Thistle, di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden Amanah, Adly Zahari dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.
Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut menyanggah dakwaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu akan dapat menarik sokongan 90 peratus pengundi Melayu dalam PRK Parlimen Pulai.
“Ini kerana PAS khususnya tidak pernah ada kekuatan di peringkat akar umbi di selatan Johor, di utara Johor mungkin ada sedikit disebabkan pengaruh Muhyiddin dan juga di kawasan Mersing, tetapi tidak untuk Pulai. Ahli UMNO Pulai seramai 18,000 orang, manakala saya sendiri dapat 33,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.
“Saya akan pastikan ahli dan penyokong UMNO berikan undi kepada calon kerajaan perpaduan. Mungkin ada perpindahan undi daripada BN kepada PN, tetapi saya tidak tahu berapa peratus jumlahnya, namun secara realiti, jumlah undi yang boleh diterima PN tidak akan menyebabkan mereka menang secara automatik.
“Oleh itu, berdasarkan undi yang saya telah terima dan juga undi kepada calon PH dalam PRU15 lalu, saya yakin PRK Parlimen Pulai ini dimenangi oleh calon kerajaan perpaduan,” jelasnya.
PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.
Sumber: Utusan Malaysia