Connect with us

Terkini

Polis Selangor serah kertas siasatan ‘The 1975’ kepada pendakwa raya masa terdekat

Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kelakuan tidak senonoh dan kenyataan biadap kumpulan pop rock, The 1975.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Selangor serah kertas siasatan ‘The 1975’ kepada pendakwa raya masa terdekat
Foto: Vokalis The 1975, Matty Healy (kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (kanan).
  • Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kelakuan tidak senonoh dan kenyataan biadap kumpulan pop rock, The 1975.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah merakam 28 keterangan meliputi 17 dari percakapan pengadu selain Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (10) dan seorang penganjur.
  • “Siasatan telah dilengkapkan dan kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
  • Terdahulu, vokalis The 1975 melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium rakan sejantina lelaki iaitu gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas.
  • Bukan itu sahaja, vokalisnya turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

SHAH ALAM – Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kelakuan tidak senonoh dan kenyataan biadap kumpulan pop rock, The 1975.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah merakam 28 keterangan meliputi 17 dari percakapan pengadu selain Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (10) dan seorang penganjur.

Katanya, bagaimanapun keterangan daripada kumpulan rock tersebut tidak dapat diambil selepas mereka berlepas keluar dari negara kira-kira pukul 5.30 pagi, 22 Julai lalu.

“Siasatan telah dilengkapkan dan kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, vokalis The 1975 melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium rakan sejantina lelaki iaitu gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas.

Bukan itu sahaja, vokalisnya turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ketika mengulas isu penganjuran mogok lapar di Penjara Sungai Buloh sebelum ini, Hussien menjelaskan masih menunggu penganjur memberikan keterangan bagi melengkapkan siasatan berkaitannya.

“Dia (penganjur) berjanji akan hadir dalam satu atau dua hari. Pada masa sekarang sebanyak 22 keterangan telah direkodkan meliputi 14 peserta himpunan itu termasuk tiga kanak-kanak, selain tiga pegawai penjara dan lima polis,” katanya

Sumber: Kosmo

Author