Connect with us

Terkini

Polis Selangor sahkan tiada unsur kempen dalam ucapan Fahmi Fadzil

Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini pada Ahad lepas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Selangor sahkan tiada unsur kempen dalam ucapan Fahmi Fadzil
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil
  • Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini pada Ahad lepas.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu.
  • “… tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik The 1975.
  • “Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir ketika ucapan itu dibuat,”  katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.
  • Beliau berkata pihak polis juga telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuat kenyataan tidak benar.

SHAH ALAM –  Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu.

“… tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik The 1975.

“Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir ketika ucapan itu dibuat,”  katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Beliau berkata pihak polis juga telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuat kenyataan tidak benar.

“Kita sudah ada nama dan alamat dia. Perkara benar tidak mengapa tetapi yang memfitnah adalah satu kesalahan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.  – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *