Connect with us

Terkini

Pengerusi SUHAKAM letak jawatan

Datuk Dr Rahmat Mohamad meletak jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), berkuat kuasa Khamis ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pengerusi SUHAKAM letak jawatan
Foto: Gambar Datuk Dr Rahmat Mohamad.
  • Datuk Dr Rahmat Mohamad meletak jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), berkuat kuasa Khamis ini.
  • Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam satu kenyataan memaklumkan Rahmat sebelum ini dilantik menerajui suruhanjaya itu bagi sesi 2022-2025.
  • “Beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam gerak kerja SUHAKAM sebelum ini, termasuk kejayaan sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi 2020, di Dewan Rakyat pada 12 hingga 14 Jun 2023,” katanya.
  • Menurut kenyataan itu lagi, bagi memastikan tatakelola SUHAKAM terus berjalan lancar, kerajaan akan melantik pengerusi sementara dalam masa terdekat.

PUTRAJAYA: Datuk Dr Rahmat Mohamad meletak jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), berkuat kuasa Khamis ini.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Rahmat sebelum ini dilantik menerajui suruhanjaya itu bagi sesi 2022-2025.

“Beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam gerak kerja SUHAKAM sebelum ini, termasuk kejayaan sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi 2020, di Dewan Rakyat pada 12 hingga 14 Jun 2023,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi memastikan tatakelola SUHAKAM terus berjalan lancar, kerajaan akan melantik pengerusi sementara dalam masa terdekat.

Katanya, individu terbabit akan menjalankan tugas sebagai Pengerusi SUHAKAM hingga pelantikan baharu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, BHEUU memaklumkan bahawa Rahmat kini adalah Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC Advisory Board) bagi sesi 2023-2025 melalui pelantikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) pada 23 Ogos lalu.

“Pelantikan itu bertepatan dengan latar belakang beliau dalam bidang perundangan antarabangsa serta pengalamannya sebagai Setiausaha Agung kelima bagi Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia Afrika (AALCO),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau – Zambry

Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau meminta pihak yang mempersoalkan pengumuman tersebut agar tidak risau, kerana kerajaan telah bersedia untuk selesaikannya dan bukan hanya andaian.
  • “Jadi apabila kita menyatakan kita akan memberikan tempat kepada pelajar yang mendapat 10A ke atas maka kita akan bagi tempat, jadi jangan tanya soal bagaimana (nak tunaikan) kerana yang paling mustahak ialah mereka akan diberikan tempat itu.
  • “Mungkin ada proses yang sebelum ini mereka tak ada dapat tempat dan kita akan proses kesemuanya berdasarkan kepada bilangan yang memperoleh keputusan cemerlang… Jadi apabila kita menyatakan kita akan memberikan tempat, kita akan berikan,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
  • Zambry mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan menimbulkan persoalan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota Bumiputera.

KEPALA BATAS — Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau meminta pihak yang mempersoalkan pengumuman tersebut agar tidak risau, kerana kerajaan telah bersedia untuk selesaikannya dan bukan hanya andaian.

“Jadi apabila kita menyatakan bahawa kita akan memberikan tempat kepada pelajar yang mendapat 10A ke atas maka kita akan bagi tempat, jadi jangan tanya soal bagaimana (nak tunaikan) kerana yang paling mustahak ialah mereka akan diberikan tempat itu.

“Mungkin ada proses yang sebelum ini mereka tak ada dapat tempat dan kita akan proses kesemuanya berdasarkan kepada bilangan yang memperoleh keputusan cemerlang… Jadi apabila kita menyatakan bahawa kita akan memberikan tempat, kita akan berikan,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan dan perasmian Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy, di Bertam di sini semalam.

Zambry mengulas berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan menimbulkan persoalan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota Bumiputera.

Berhubung kuota Bumiputera, Zambry menegaskan ia telah dijelaskan oleh Perdana Menteri dan tidak timbul isu berhubung perkara itu, kerana ia tidak akan ‘mengorbankan’ kuota Bumiputera di negara ini.

Beliau berkata semua pelajar mendapat 10A ke atas akan diterima dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berusaha sepenuhnya, bagi memastikan mereka yang terdiri pelajar terbaik itu mendapat tempat di matrikulasi atau program asasi UA.

“Namun seperti yang kita tahu bahawa ada dalam kalangan pelajar itu akan mendapat tempat di matrikulasi dan juga asasi bagi peringkat universiti, jadi mereka akan dibahagi-bahagikan (di matrikulasi dan asasi),” katanya.

Ahad lepas, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah, akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu, tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera sedia ada.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama KPT bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan SPM dalam program matrikulasi. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending