Terkini
‘Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan’ – Naib Canselor UKM

- Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman letak jawatan, kuatkuasa Ahad.
-
“Saya mohon maaf kepada pengurusan utama, pengurusan tertinggi dan warga UKM atas segala salah dan khilaf sepanjang mengetuai universiti ini.
-
“Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan yang dilontarkan di mana laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telahpun dibuat.
-
“Alhamdulillah. Saya dengan ini menarik diri dari segala whatsap rasmi universiti,” katanya beliau.
KUALA LUMPUR — Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman melepaskan jawatan yang disandang beliau dalam pengurusan tertinggi institut pengajian tinggi itu berkuat kuasa Ahad.
Mohd Ekhwan dalam satu mesej dihantar kepada pihak pengurusan, mengucapkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir atas kepercayaan diberikan kepada beliau untuk menerajui UKM bersama barisan pengurusan utama hingga ke tahap sekarang.
Beliau juga mendoakan institut pengajian tinggi itu terus cemerlang pada masa akan datang dan memohon maaf kepada warga universiti atas sebarang kekhilafan sepanjang tempoh kepimpinannya.
“Saya mohon kemaafan kepada semua pengurusan utama, pengurusan tertinggi dan warga UKM atas segala salah dan khilaf saya sepanjang mengetuai universiti ini.
“Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan yang dilontarkan di mana laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telahpun dibuat.
“Alhamdulillah. Saya dengan ini menarik diri dari segala WhatsApp rasmi universiti,” katanya dipetik Astro Awani pada Isnin tanpa memperincikan sebarang butiran lanjut.
Sementara itu, laman Facebook rasmi UKM turut UKM mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti dan jasa Mohd Ekhwan sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bermula 1 Januari 2021 sehingga 2 Februari lalu.
Beliau merupakan graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (MSc) di University of Manchester dan Doktor Falsafah (PhD) dari University of Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air. — The Merdeka Times
