Connect with us

Terkini

Malaysia #QuranHour buka jemputan kepada bukan Islam 30 Ogos ini

Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini membawa kelainan dengan penyertaan dibuka kepada masyarakat bukan Islam untuk turut serta.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia #QuranHour buka jemputan kepada bukan Islam 30 Ogos ini
Foto: Program Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Ogos.
  • Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini membawa kelainan dengan penyertaan dibuka kepada masyarakat bukan Islam untuk turut serta.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menyampaikan mesej al-Quran secara lebih meluas.
  • “Kali ini juga lebih istimewa kerana kita ingin mengajak sahabat-sahabat kita yang bukan Islam untuk menjadi tetamu kita dengan tempat yang akan dikhaskan. Ini kerana, dalam al-Quran ada ayat-ayat yang secara khusus Allah SWT bercakap dengan seluruh manusia,” katanya.
  • Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour kali ke 9, bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos 2023.

KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini membawa kelainan dengan penyertaan dibuka kepada masyarakat bukan Islam untuk turut serta.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menyampaikan mesej al-Quran secara lebih meluas.

“Kali ini juga lebih istimewa kerana kita ingin mengajak sahabat-sahabat kita yang bukan Islam untuk menjadi tetamu kita dengan tempat yang akan dikhaskan. Ini kerana, dalam al-Quran ada ayat-ayat yang secara khusus Allah SWT bercakap dengan seluruh manusia.

“Maka, untuk membangunkan Malaysia, cukup-cukuplah kita bersengketa seperti apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri. Kita harap saat ini ialah masa untuk kita bina kembali negara yang kita cintai dan semua dapat bersama berkumpul di Masjid Tuanku Mizan bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Jelasnya, Malaysia #QuranHour kali ini memberi tumpuan kepada mengubah minda kufur kepada syukur dan memberi penekanan kepada golongan muda.

Tema yang diketengahkan ialah “Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” dicetuskan daripada pepatah Arab, “Pemuda hari ini, pemimpin hari esok” mengenai pembinaan pemuda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Advertisement

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour kali ke 9, bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos 2023.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending