Terkini
Harga beras naik paras tertinggi, berisiko cetus inflasi di Asia
Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) bimbang kenaikan harga beras yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun boleh mencetuskan lonjakan inflasi makanan di seluruh Asia.
- Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) bimbang kenaikan harga beras yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun boleh mencetuskan lonjakan inflasi makanan di seluruh Asia.
- Kenaikan harga itu berikutan larangan eksport India sejak bulan lalu dan ancaman cuaca buruk akibat El Nino yang merosakkan pengeluaran beras.
- “Harga beras global sangat membimbangkan.”
- “Apa yang jelas, turun naik harga makanan akan berterusan dalam beberapa bulan akan datang,” kata Pengarah Kanan Asian Development Bank, Qingfeng Zhang dipetik CNN Indonesia.
- “Bukan sahaja beras, komoditi makanan lain dikhuatiri turut meningkat berikutan iklim melampau akibat pemanasan global atau El Nino. Jika ini berlaku, maka lonjakan inflasi tidak dapat dielakkan,” katanya.
JAKARTA: Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) bimbang kenaikan harga beras yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun boleh mencetuskan lonjakan inflasi makanan di seluruh Asia.
Kenaikan harga itu berikutan larangan eksport India sejak bulan lalu dan ancaman cuaca buruk akibat El Nino yang merosakkan pengeluaran beras.
“Harga beras global sangat membimbangkan.
“Apa yang jelas, turun naik harga makanan akan berterusan dalam beberapa bulan akan datang,” kata Pengarah Kanan Asian Development Bank, Qingfeng Zhang dipetik CNN Indonesia.
Zhang menjelaskan, inflasi makanan di Asia secara relatifnya terkawal tahun ini sebelum India mengenakan larangan eksport tersebut.
Katanya, beras merupakan bekalan makanan utama yang memberi impak paling besar terhadap inflasi di Asia.
“Bukan sahaja beras, komoditi makanan lain dikhuatiri turut meningkat berikutan iklim melampau akibat pemanasan global atau El Nino. Jika ini berlaku, maka lonjakan inflasi tidak dapat dielakkan,” katanya.
Zhang berkata, fenomena El Nino yang muncul semula selepas tujuh tahun menambah kebimbangan, terutamanya apabila Russia menarik diri daripada inisiatif bijirin Laut Hitam dan perlindungan dasar makanan dalam bentuk sekatan perdagangan.
“El Nino dikhuatiri akan mengulangi krisis makanan sepanjang 2010 hingga 2012. Ketika itu, Bank Pembangunan Asia meramalkan kenaikan harga makanan antarabangsa sehingga 30 peratus pada 2011,” jelasnya.
Sumber: Utusan Malaysia