Connect with us

Terkini

BERNAS perlu jaga harga beras – Shahidan Kassim

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digelar ‘pakar beras’ oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN) mendakwa terdapat satu perjanjian berkait dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang ‘melarang’ kenaikan harga beras dalam pasaran negara.

Wartawan TMT

Published

on

BERNAS perlu jaga harga beras – Shahidan Kassim
Foto: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
  • Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digelar ‘pakar beras’ oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN) mendakwa terdapat satu perjanjian berkait dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang ‘melarang’ kenaikan harga beras dalam pasaran negara.
  • “Saya yang buat, saya yang tubuhkan (BERNAS) kemudian saya jual sebab arahan dan saya (dilantik) Menteri Besar (Perlis) pada 1995. Jadi saya sudah ada perjanjian dengan kerajaan bahawa tidak dibenarkan beras naik harga.
  • “Ini kerana beras itu bukan barang untuk orang mencari keuntungan. Ini adalah bahan makanan. Jika ada barang-barang lain, ambillah untung tetapi bukan beras.
  • “Saya nak kena tengok balik perjanjian itu. Tapi dalam perjanjian itu juga menyatakan beras import hanya diberi kepada satu syarikat untuk syarikat ini tolong industri tempatan.
  • “Kenapa naik harga beras import? Sebab ada orang berebut nak minta beras import tetapi orang itu tak ambil tanggungjawab untuk jaga beras tempatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama di Bentong, malam tadi.

BENTONG: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digelar ‘pakar beras’ oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN) mendakwa terdapat satu perjanjian berkait dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang ‘melarang’ kenaikan harga beras dalam pasaran negara.

Shahidan yang mengaku menjadi antara pelopor penubuhan BERNAS mendakwa, dalam perjanjian itu juga terkandung perkara seperti kebenaran untuk menyalurkan beras import kepada satu syarikat yang mana entiti itu kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk membantu industri tempatan.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada perjanjian itu masih terpakai sekarang atau sebaliknya, ekoran berlaku perubahan dalam tampuk pengurusan dan pemilikan BERNAS ketika ini.

“Saya yang buat, saya yang tubuhkan (BERNAS) kemudian saya jual sebab arahan dan saya (dilantik) Menteri Besar (Perlis) pada 1995. Jadi saya sudah ada perjanjian dengan kerajaan bahawa tidak dibenarkan beras naik harga.

“Ini kerana beras itu bukan barang untuk orang mencari keuntungan. Ini adalah bahan makanan. Jika ada barang-barang lain, ambillah untung tetapi bukan beras.

“Saya nak kena tengok balik perjanjian itu. Tapi dalam perjanjian itu juga menyatakan beras import hanya diberi kepada satu syarikat untuk syarikat ini tolong industri tempatan.

“Kenapa naik harga beras import? Sebab ada orang berebut nak minta beras import tetapi orang itu tak ambil tanggungjawab untuk jaga beras tempatan,” katanya tanpa memperincikan siapa dan pihak mana.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama di sini, malam tadi.

Shahidan mendakwa kebanyakan gudang padi sekarang adalah milik BERNAS dan entiti itu sewajarnya perlu menjaga harga beras di pasaran negara.

Sebaliknya, beliau mendakwa lain pula berlaku apabila beras menjadi satu urus niaga untuk meraih keuntungan yang berkali ganda.

“BERNAS sewajarnya perlu jaga harga beras, bukan untuk berniaga untung gila-gila. Dengan beras benda makan, rakyat terpaksa beli. Semiskin mana pun manusia kena makan nasi.

“Memang ada perjanjian (pasal harga beras). Saya dengan kerajaan pada masa itu, saya bagi tahu bahawa dia kata ini amanah datuk, tolong jaga.

“Saya kata ya (akan jaga). Tapi bila saya jual (BERNAS), orang nak beli cakap macam itu juga dia amanah, Islam dan sebagainya. (Sekarang) tak tahu apa yang jadi,” katanya.

Berbekalkan pengalaman luas dalam industri beras negara, Shahidan berkata beliau sanggup untuk berkongsi ‘formula’ harga beras kepada kerajaan.

Justeru, beliau mengalu-alukan pihak kerajaan untuk mengadakan perjumpaan dengannya bagi membincangkan mengenai ‘formula’ terbabit.

“Pasal harga beras, kerajaan nak minta formula, saya nak bagi formula. Saya nak minta mereka jumpa saya nak bagi formula sebab BERNAS saya yang buat (tubuhkan),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending