Connect with us

Terkini

Jocelyn Chia sekali lagi perlekeh Malaysia, susulan aksi biadab The 1975

Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia sekali lagi memperlekeh dan mempersenda kerajaan Malaysia susulan aksi biadab kumpulan dari British, The 1975, yang membuat persembahan di sini, baru-baru ini, termasuk mempersoalkan mengapa tidak mengarahkan INTERPOL menahan mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jocelyn Chia sekali lagi perlekeh Malaysia, susulan aksi biadab The 1975
Foto: Jocelyn Chia (kiri) dan aksi biadab The 1975 (Kanan).
  • Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia sekali lagi memperlekeh dan mempersenda kerajaan Malaysia susulan aksi biadab kumpulan dari British, The 1975, yang membuat persembahan di sini, baru-baru ini, termasuk mempersoalkan mengapa tidak mengarahkan INTERPOL menahan mereka.
  • Dalam satu hantaran di Twitter semalam, Jocelyn secara sinis mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy dalam senarai individu disenarai hitam kerajaan Malaysia sebagaimana pernah dihadapinya sebelum ini.
  • “Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Namun, mana arahan supaya dia ditahan dan INTERPOL digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?”
  • Ciapan Jocelyn itu dianggap sengaja menimbulkan provokasi terhadap Malaysia dengan mengaitkan isu aksi dan kenyataan biadab kumpulan The 1975 ketika membuat persembahan pada Festival Good Vibes 2023 di Sepang, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia sekali lagi memperlekeh dan mempersenda kerajaan Malaysia susulan aksi biadab kumpulan dari British, The 1975, yang membuat persembahan di sini, baru-baru ini, termasuk mempersoalkan mengapa tidak mengarahkan INTERPOL menahan mereka.

Dalam satu hantaran di Twitter semalam, Jocelyn secara sinis mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy dalam senarai individu yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia sebagaimana pernah dihadapinya sebelum ini.

“Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Namun, mana arahan supaya dia ditahan dan INTERPOL digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?.

“Adakah Malaysia telah melonggarkan (undang-undang sedia ada)…atau apa sebenarnya…,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitternya, @JocelynChia. 

Ciapan berkenaan hanya mendapat 31 tanda suka dengan kebanyakan pengguna Twitter bertindak membidas kenyataan wanita berkenaan.

Seorang pengguna Twitter, Beefy Dude dalam responnya berkata, vokalis berkenaan tidak dipanggil pihak polis kerana tidak membuat lawak sensitif dengan mempersendakan mangsa yang terbabit dalam kes MH370.

Seorang lagi pengguna, @AnuarMahyu pula meminta supaya pelawak itu tidak lagi mencetuskan kontroversi.

“Move on (sudahlah) mak cik. Ramai orang yang dah lupa dengan apa yang berlaku. Sudahlah tak laku di Amerika Syarikat, terdesak sangat untuk kekal relevan,” katanya.

Ciapan Jocelyn itu dianggap sengaja menimbulkan provokasi terhadap Malaysia dengan mengaitkan isu aksi dan kenyataan biadab kumpulan The 1975 ketika membuat persembahan pada Festival Good Vibes 2023 di Sepang, Sabtu lalu.

Healy dikecam teruk susulan aksi memegang botol arak ketika membuat persembahan, dan turut bertindak kurang sopan dengan meludah dan mencium mencium anggota kumpulannya yang juga pemain gitar bass, Ross McDonald.

Sebelum ini, Jocelyn yang juga pelawak kelahiran Singapura, dikecam pelbagai pihak kerana lawak kontroversinya berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370.

Tindakannya itu mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Singapura kerana tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa.

Insiden yang tular di media sosial itu membabitkan satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *