Connect with us

Terkini

Isu nikotin: Menteri Kesihatan tak boleh ulas lanjut, serah pada Peguam Negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya susulan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu nikotin: Menteri Kesihatan tak boleh ulas lanjut, serah pada Peguam Negara
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah).
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya susulan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.
  • Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut isu berkenaan kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.
  • “Saya sudah menjawab hal itu, maksudnya sekarang sudah masuk kepada ‘judicial review’ (semakan kehakiman), jadi kita tidak akan sebut lebih-lebih maknanya (tunggu) daripada AGC dan sebagainya.
  • “Sebab sudah masuk kes mahkamah, jadi setakat ini kita tunggu perjalanan dan proses seterusnya,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKM di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya susulan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut isu berkenaan kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

“Saya sudah menjawab hal itu, maksudnya sekarang sudah masuk kepada ‘judicial review’ (semakan kehakiman), jadi kita tidak akan sebut lebih-lebih maknanya (tunggu) daripada AGC dan sebagainya.

“Sebab sudah masuk kes mahkamah, jadi setakat ini kita tunggu perjalanan dan proses seterusnya,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian KKM berikutan tindakan tiga NGO kesihatan dan kanak-kanak mengemukakan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal.

NGO itu, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MTCT), Pertubuhan Green Lung Malaysia (GLMA) dan persatuan hak kanak-kanak, ‘Voice Of The Children’ (VOC) memfailkan permohonan terbabit melalui firma guaman, Kanesalingam & CO, dengan menamakan Menteri Kesihatan dan kerajaan sebagai responden.

Ketiga-tiga pemohon menyatakan bahawa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu, membuat Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 selepas berunding dengan Lembaga Racun.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, pihaknya mengambil tindakan tertentu di peringkat dalaman untuk melihat langkah sewajarnya supaya dapat memainkan peranan dengan lebih baik.

“Akhirnya apa yang kita harapkan, RUU (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023) yang kita sudah bentangkan kali pertama di Parlimen, Insya-Allah akan dibawa pada sesi akan datang dan dapat diluluskan dan saya rasa itu terbaik untuk menyelesaikan isu terbabit,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Dr Zaliha memaklumkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Ia kali kedua RUU yang turut dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) itu dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin, pada tahun lalu.

Dr Zaliha ketika mengulas tindakan terbabit berkata, tindakan itu mengambil kira maklum balas yang diterima mengenai RUU berkenaan khususnya melalui sesi libat urus yang diadakan pada 6 Mac lalu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *