Connect with us

Terkini

Anwar hadir di pusat penamaan calon DUN dalam Parlimen Gombak

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini sekitar pukul 8.45 pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anwar tiba di pusat penamaan calon DUN dalam Parlimen Gombak
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini sekitar pukul 8.45 pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.
  • Kehadiran Anwar dan pemimpin Kerajaan Perpaduan bagaimanapun tanpa diiringi kumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta calon mereka.
  • Dalam Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.

GOMBAK: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini sekitar pukul 8.45 pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

Perdana Menteri diiringi beberapa pemimpin parti kerajaan antaranya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Kehadiran Anwar dan pemimpin Kerajaan Perpaduan bagaimanapun tanpa diiringi kumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta calon mereka.

Dalam Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.

Sumber: Utusan Malaysia

Author