Connect with us

Antarabangsa

Masyarakat antarabangsa perlu tangani bersama kebangkitan Islamofobia – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan keperluan masyarakat antarabangsa bersuara mengenai peningkatan momokan Islamofobia dan sebarang bentuk kecaman terhadap mana-mana agama. 

Wartawan TMT

Published

on

Masyarakat antarabangsa perlu tangani bersama kebangkitan Islamofobia – Anwar
Foto: Pemimpin-pemimpin di Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur (EAS) ke-18.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan keperluan masyarakat antarabangsa bersuara mengenai peningkatan momokan Islamofobia dan sebarang bentuk kecaman terhadap mana-mana agama. 
  • Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur (EAS) ke-18 di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, fitnah terhadap agama wajar dilihat sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan isu itu perlu dibincang secara serius di peringkat global.
  • “Saya ingin menarik perhatian terhadap momokan fasisme dan Islamofobia yang kian menjadi-jadi. Kami mempertahankan pendirian bahawa fitnah ke atas sebarang agama adalah pelanggaran hak asasi manusia, dan penghinaan ke atas hak beragama dan kepercayaan.
  • “Forum ini yang dihadiri ramai pemimpin terkemuka, mesti cuba menyelesaikan masalah dan isu berbangkit ini,” katanya.
  • Selain 11 pemimpin negara ASEAN, EAS turut membabitkan wakil rakan dialog seperti Australia, China, Jepun, India, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan keperluan masyarakat antarabangsa bersuara mengenai peningkatan momokan Islamofobia dan sebarang bentuk kecaman terhadap mana-mana agama. 

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur (EAS) ke-18 di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, fitnah terhadap agama wajar dilihat sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan isu itu perlu dibincang secara serius di peringkat global.

“Saya ingin menarik perhatian terhadap momokan fasisme dan Islamofobia yang kian menjadi-jadi. Kami mempertahankan pendirian bahawa fitnah ke atas sebarang agama adalah pelanggaran hak asasi manusia, dan penghinaan ke atas hak beragama dan kepercayaan.

“Forum ini yang dihadiri ramai pemimpin terkemuka, mesti cuba menyelesaikan masalah dan isu berbangkit ini,” katanya.

Selain 11 pemimpin negara ASEAN, EAS turut membabitkan wakil rakan dialog seperti Australia, China, Jepun, India, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Anwar turut menyentuh konflik di luar rantau ASEAN, yang turut terkandung dalam kenyataan Pengerusi ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak berkaitan.

Tegas Perdana Menteri, masyarakat antarabangsa tidak boleh memandang sepi konflik Palestin-Israel yang menghalang penduduk di wilayah berkenaan meneruskan kehidupan dan mengamalkan agama serta kepercayaan masing-masing.

“Komuniti antarabangsa tidak boleh menafikan serangan bertubi-tubi Israel terhadap hak asas, kehidupan dan maruah rakyat Palestin serta penduduk pelbagai agama di tanah air mereka sendiri,” katanya.

Konflik Palestin-Israel yang sudah berlanjutan selama 75 tahun, katanya, mungkin bukan sesuatu yang ingin dibangkitkan sesetengah pemimpin ASEAN tetapi ia wajar disuarakan di platform sebesar EAS.

“Saya ingin menyatakan keprihatinan sebahagian besar daripada kita, mengenai ketidakadilan tindakan terhadap konflik di Ukraine dan penjajahan wilayah Palestin sejak 75 tahun lalu,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia menentang kekerasan yang berlaku terhadap situasi di Ukraine dan meminta rundingan diadakan untuk mencari penyelesaian.

Mengenai Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata, Malaysia komited menyelesaikan pertikaian berbangkit di wilayah itu sejajar prinsip diiktiraf undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Beliau berkata, China selaku rakan dialog ASEAN, memberi jaminan wilayah Asia Tenggara akan kekal aman dan stabil.

“Komitmen itu disuarakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang, dan kami harap pihak berkepentingan lain dapat memberi jaminan sama ke arah memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.

Anwar turut menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap program nuklear Korea Utara.

“Pelancaran peluru berpandu balistik dan program nuklear jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB dan ini bukan sesuatu yang wajar kita abaikan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending