Connect with us

Terkini

Pendaftaran undi pos PRN 6 negeri dibuka bermula 15 Jun

Pendaftaran untuk pengundian pos bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibuka bermula 15 Jun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pendaftaran undi pos PRN 6 negeri dibuka bermula 15 Jun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pendaftaran untuk pengundian pos bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibuka bermula 15 Jun ini.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, tarikh akhir pendaftaran akan diumumkan selepas mesyuarat khas SPR diadakan bagi membincangkan tarikh pengundian bagi PRN terbabit.
  • Katanya, mereka yang layak mendaftar sebagai pengundi pos ialah pekerja pilihan raya, pegawai SPR, ahli media, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan pegawai di agensi atau organisasi kerajaan tertentu.
  • Pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://myspr.spr.gov.my manakala anggota tentera dan polis perlu mendaftar secara manual.
  • “SPR perlu sentiasa ingat sudah menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk memastikan setiap rakyat yang layak mengundi diberikan akses pengundian yang mencukupi bagi mereka melaksanakan tanggungjawab dalam pilihan raya,” katanya.

PETALING JAYA: Pendaftaran untuk pengundian pos bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibuka bermula 15 Jun ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, tarikh akhir pendaftaran akan diumumkan selepas mesyuarat khas SPR diadakan bagi membincangkan tarikh pengundian bagi PRN terbabit.

Katanya, mereka yang layak mendaftar sebagai pengundi pos ialah pekerja pilihan raya, pegawai SPR, ahli media, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan pegawai di agensi atau organisasi kerajaan tertentu.

Pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://myspr.spr.gov.my manakala anggota tentera dan polis perlu mendaftar secara manual.

“Pengundi pos luar negara perlu menghubungi SPR untuk mengesahkan atau mengemaskini alamat mereka.

“Mereka yang mengundi dari luar negara perlu menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel pthluarneg[email protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun ini,” katanya.

Pada 1 Jun lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mahu SPR membuka segera permohonan untuk menjadi pengundi pos bagi enam negeri yang akan menghadapi PRN.

Advertisement

Jawatankuasa Pemandu BERSIH, berkata SPR tidak semestinya menunggu sehingga semua negeri terbabit membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sebelum membuka permohonan pengundi pos.

Katanya, ini kerana permohonan pengundi pos itu termasuk pengundi kategori 1B iaitu warga Malaysia yang berada di luar negara seperti pelajar dan mereka yang bekerja serta menetap di luar negara yang perlu memohon menjadi pengundi pos dalam PRN nanti.

“SPR perlu mengambil iktibar daripada pilihan raya lalu, jumlah pengundi pos kategori 1B meningkat 600 peratus daripada 7,979 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada 48,109 pada PRU15.

“Pembukaan permohonan undi pos lebih awal akan memberikan lebih banyak masa kepada pengundi dan lebih ramai yang layak dapat memohon sebagai pengundi dalam PRN nanti.

“SPR perlu sentiasa ingat sudah menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk memastikan setiap rakyat yang layak mengundi diberikan akses pengundian yang mencukupi bagi mereka melaksanakan tanggungjawab dalam pilihan raya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending