Connect with us

Terkini

Tiada laporan LGBT didiskriminasi, tidak wajar perjuang hak pada Hari Pekerja – MTUC

Tindakan pihak tertentu yang seolah-olah cuba memperjuangkan hak kelompok songsang LGBT pada sambutan Hari Pekerja, Isnin lalu, adalah tidak wajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Kelompok LGBT tidak didiskriminasi, tidak wajar perjuang hak pada Hari Pekerja – MTUC
Foto: Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani.
  • Tindakan pihak tertentu yang seolah-olah cuba memperjuangkan hak kelompok songsang LGBT pada sambutan Hari Pekerja, Isnin lalu, adalah tidak wajar.
  • Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan kelompok LGBT didiskriminasi dalam pekerjaan atau di tempat kerja.
  • “Dalam isu diskriminasi ini MTUC peka dan mengambil berat isu diskriminasi pekerjaan tetapi melibatkan golongan tertentu golongan songsang ini saya rasa satu benda yang tidak betullah sebab perjuangan golongan ini satu kumpulan yang tidak diiktiraf di negara kita mahupun di peringkat Asia dan (Asia) Tenggara.
  • “Bagi MTUC perkara ini lebih kepada konteks pekerja bukannya golongan disebut itu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau mengulas persoalan ditimbulkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung  terhadap tindakan pihak tertentu yang seolah-olah memperjuangkan hak kelompok songsang itu dalam satu perhimpunan Hari Pekerja pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR — Tindakan pihak tertentu yang seolah-olah cuba memperjuangkan hak kelompok songsang LGBT pada sambutan Hari Pekerja, Isnin lalu, adalah tidak wajar.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata tiada diskriminasi berlaku ke atas kelompok songsang itu walaupun mereka sebenarnya tidak diiktiraf di negara ini.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan kelompok LGBT didiskriminasi dalam pekerjaan atau di tempat kerja.

Katanya, komuniti LGBT perlu tampil membuat aduan jika diskriminasi pekerjaan berlaku.

“Dalam isu ini saya tak nampak apa isu mereka kata mereka didiskriminasi sebab tidak ada mana-mana pekerja yang ke depan.

“Dalam isu diskriminasi ini MTUC peka dan mengambil berat isu diskriminasi pekerjaan tetapi melibatkan golongan tertentu golongan songsang ini saya rasa satu benda yang tidak betullah sebab perjuangan golongan ini satu kumpulan yang tidak diiktiraf di negara kita mahupun di peringkat Asia dan (Asia) Tenggara.

“Bagi MTUC perkara ini lebih kepada konteks pekerja bukannya golongan disebut itu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas persoalan ditimbulkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung  terhadap tindakan pihak tertentu yang seolah-olah memperjuangkan hak kelompok songsang itu dalam satu perhimpunan Hari Pekerja pada Isnin lalu.

Pada perhimpunan di Medan Pasar, Kuala Lumpur itu, kelihatan bendera pelangi yang dikaitkan dengan LGBT dan sepanduk berkaitan kelompok luar tabii itu dinaikkan pada perhimpunan Hari Pekerja.

Sebelum ini, perarakan Hari Wanita yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka turut menimbulkan kontroversi apabila dicemari bendera berunsur LGBTQ serta sepanduk-sepanduk di antaranya tertera; “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain lagi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *