Connect with us

Terkini

Apa kaitan sambutan Hari Buruh dengan perjuangan kelompok songsang? – Firdaus Wong

“Hak pekerja mesti diperjuangkan tetapi apa kaitan sambutan Hari Buruh dengan perjuangan songsang?” 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Apa kaitan sambutan Hari Buruh dengan perjuangan kelompok songsang? – Firdaus Wong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong.
  • Demikian persoalan ditimbulkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung  terhadap tindakan pihak tertentu yang seolah-olah memperjuangkan hak golongan songsang dalam satu perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei di Medan Pasar, Kuala Lumpur.
  • Perhimpunan itu menunjukkan kain rentang yang dipegang beberapa individu berpakaian t-shirt merah menyatakan ‘Bersatulah Pekerja Sedunia’ dan ‘Gaji Bermaruah Jaminan Makanan’.
  • Menerusi perkongsian sama di Instagram, Firdaus Wong memuat naik beberapa gambar memaparkan situasi di perhimpunan itu di mana terdapat juga bendera pelangi yang dikenali sebagai salah satu ciri khas golongan LGBTQ+ diletakkan di kawasan berdekatan.
  • Ada juga gambar kertas ditulis, ‘X Diskriminasi Gender dan Orientasi Seksual’. 

KUALA LUMPUR — “Hak pekerja mesti diperjuangkan tetapi apa kaitan sambutan Hari Buruh dengan perjuangan songsang?” 

Demikian persoalan ditimbulkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung  terhadap tindakan pihak tertentu yang seolah-olah memperjuangkan hak golongan songsang dalam satu perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei di Medan Pasar, Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu menunjukkan kain rentang dipegang beberapa individu berpakaian t-shirt merah menyatakan ‘Bersatulah Pekerja Sedunia’ dan ‘Gaji Bermaruah Jaminan Makanan’.

Menerusi perkongsian sama di Instagram, Firdaus Wong memuat naik beberapa gambar memaparkan situasi perhimpunan itu di mana terdapat juga bendera pelangi yang dikenali sebagai salah satu ciri khas golongan LGBTQ+ diletakkan di tempat berdekatan.

Ada juga gambar kertas ditulis, ‘X Diskriminasi Gender dan Orientasi Seksual’. 

Menurut Firdaus Wong, ramai golongan songsang ini menjadi kaya-raya dan berkecimpung dalam pelbagai industri.

“Apakah golongan songsang didiskriminasi sehingga dinafikan hak bekerja sedangkan ramai golongan itu yang menjadi kaya raya dan berkecimpung dalam pelbagai industri!

“Hari Wanita yang sepatutnya memperjuangkan hak wanita sebenar juga digunakan untuk memperjuangkan hak ‘WARIA’ (wanita tapi pria),” katanya pada Isnin.

Beliau turut mempersoalkan sama ada perhimpunan Hari Pekerja itu mempunyai permit dari pihak berkuasa.

Sebelum ini perarakan Hari Wanita yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka dilihat membawa bendera berunsur LGBTQ serta sepanduk-sepanduk di antaranya tertera; “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain lagi. — The Merdeka Times

Sumber: Instagram firdauswong

Author