Terkini
Tiada kompromi pelajar terbabit kes buli, pukul – Pengerusi MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi dengan pelajar di bawah institusi itu yang terbabit dengan kes buli dan pukul.

- Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi dengan pelajar di bawah institusi itu terbabit dengan kes buli dan pukul.
- Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak akan menutup kes berkenaan seperti didakwa segelintir pihak.
- “Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terbabit dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM (Maktab Rendah Sains MARA). Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
- Terdahulu, media melaporkan, lima pelajar Tingkatan Lima MRSM Balik Pulau, ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar di sekolah berkenaan.
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi dengan pelajar di bawah institusi itu yang terbabit dengan kes buli dan pukul.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak akan menutup kes berkenaan seperti didakwa segelintir pihak.
“Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terbabit dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM (Maktab Rendah Sains MARA).
“Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, lima pelajar Tingkatan Lima MRSM Balik Pulau, ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar di sekolah berkenaan.
Difahamkan, kejadian pada jam 11 malam itu berlaku di tandas lelaki Blok B bangunan sekolah berkenaan apabila seorang pelajar Tingkatan Tiga dipukul, dengan alasan lambat turun solat Subuh.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, dilaporkan berkata siasatan polis mendapati kelima-lima suspek turut membuli 14 mangsa lain pada tarikh sama, antara jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam, di tiga lokasi berbeza iaitu tandas, bilik beg dan bilik senior di Blok B.
Polis sudah mengambil keterangan daripada semua suspek dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.
Sumber: Berita Harian
