Terkini
KKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik – Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau sebarang hantaran bernaratifkan kaum dan agama dicetuskan ahli politik seperti didedahkan menerusi kajian Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau sebarang hantaran bernaratifkan kaum dan agama dicetuskan ahli politik seperti didedahkan menerusi kajian Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
- Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian dilaksanakan CIJ yang menyatakan bagaimana orang politik menggunakan isu agama dan perkauman sempit, harus diselesaikan.
- “Ini mewujudkan perpecahan dalam kalangan pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau ‘posting’ dan tulisan yang menjurus ke arah itu,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan sesi libat urus Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di sini hari ini.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau sebarang hantaran bernaratifkan kaum dan agama dicetuskan ahli politik seperti didedahkan menerusi kajian Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian dilaksanakan CIJ yang menyatakan bagaimana orang politik menggunakan isu agama dan perkauman sempit, harus diselesaikan.
“Jadi dapatan kajian oleh CIJ ini memperlihatkan bahawa isu sempit agama, kaum sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik, malah fatwa yang pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik, mengkafirkan parti politik yang lain atau mengharamkan apa dilakukan oleh ahli sebuah parti, masih tidak ditarik balik.
“Ini mewujudkan perpecahan dalam kalangan pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau ‘posting’ dan tulisan yang menjurus ke arah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi libat urus Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
