Terkini
Cuepacs bersolidariti dengan isu doktor kontrak, namun tidak setuju tindakan mogok
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersolidariti dengan isu doktor kontrak namun tidak bersetuju dengan langkah kumpulan itu yang mahu melancarkan mogok di seluruh negara sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.
- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersolidariti dengan isu doktor kontrak, namun tidak setuju dengan langkah kumpulan itu mahu melancarkan mogok di seluruh negara sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.
- Tindakan mogok itu boleh menjejaskan sistem penyampaian kesihatan kerajaan kepada rakyat. – Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat
- Adnan berkata kumpulan itu sendiri tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk ambil tindakan perusahaan seperti mogok kerana mereka tidak berkesatuan, pada masa sama boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.
- “Maka dengan itu telah mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak,” katanya di sini hari ini.
IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersolidariti dengan isu doktor kontrak namun tidak bersetuju dengan langkah kumpulan itu yang mahu melancarkan mogok di seluruh negara sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata tindakan mogok itu boleh menjejaskan sistem penyampaian kesihatan kerajaan kepada rakyat.
Adnan berkata kumpulan itu sendiri tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengambil tindakan perusahaan seperti mogok kerana mereka tidak berkesatuan, pada masa sama boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.
“Maka dengan itu telah mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah serta Presiden AUEGCAS Asman Mohd Nawawi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata kerajaan akan memastikan situasi menang menang dicapai supaya tiada pihak berasa rugi atau tersingkir.
Sumber: Astro Awani