Connect with us

Terkini

Masih ramai pemandu p-hailing tidak daftar, carum SKSPS

Tahap kesedaran pekerja gig terutama sektor p-hailing untuk mendaftar dan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, masih rendah walaupun skim itu sudah dikuatkuasakan pada Jun 2017.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masih ramai pemandu p-hailing tidak daftar, carum SKSPS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tahap kesedaran pekerja gig terutama sektor p-hailing untuk mendaftar dan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, masih rendah walaupun skim itu sudah dikuatkuasakan pada Jun 2017.
  • Ia berdasarkan hasil Op Sikap dijalankan PERKESO bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Sungai Ramal, awal pagi tadi.
  • Timbalan Pengarah PERKESO Selangor, Khairullah Mahfuz, berkata seramai 98 penunggang p-hailing dan lima pemandu e-hailing diperiksa dalam operasi itu.
  • “PERKESO mendapati majoriti mereka tidak mendaftar SKSPS, justeru amaran lisan dikeluarkan kerana status operasi kali ini adalah bersifat advokasi.
  • “Tindakan tegas akan diambil pada operasi akan datang. Kami menasihati pekerja gig supaya mendaftar skim disediakan PERKESO,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu tamat.

KAJANG: Tahap kesedaran pekerja gig terutama sektor p-hailing untuk mendaftar dan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, masih rendah walaupun skim itu sudah dikuatkuasakan pada Jun 2017.

Ia berdasarkan hasil Op Sikap dijalankan PERKESO bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Sungai Ramal, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah PERKESO Selangor, Khairullah Mahfuz, berkata seramai 98 penunggang p-hailing dan lima pemandu e-hailing diperiksa dalam operasi itu.

“PERKESO mendapati majoriti mereka tidak mendaftar SKSPS, justeru amaran lisan dikeluarkan kerana status operasi kali ini adalah bersifat advokasi.

“Tindakan tegas akan diambil pada operasi akan datang. Kami menasihati pekerja gig supaya mendaftar skim disediakan PERKESO,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu tamat.

Beliau menjelaskan, pekerja gig sudah diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dalam SKSPS mulai 1 Oktober 2021.

“Pekerja gig mencatat kemalangan tinggi ketika menjalankan pekerjaan, namun masih ramai golongan itu yang enggan mendaftar dan mencarum dalam skim ini.

“Justeru, Op Sikap diadakan melalui kerjasama PERKESO dengan JPJ bagi memastikan pekerja gig sedar akan pematuhan yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *