Terkini
KKM akan percepat pelantikan kontrak graduan perubatan tanpa temuduga SPA
Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan pelantikan graduan perubatan secara kontrak tanpa melalui proses temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

- Ia adalah antara langkah dilaksanakan kementerian dalam menangani masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam serta swasta pada masa ini.
- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata inisiatif lain yang akan dilakukan adalah melantik semula pegawai perubatan pakar yang sudah tamat kontrak untuk berkhidmat dengan kementerian mengikut keperluan.
- Katanya, pegawai perubatan pakar yang sudah bersara wajib turut dilantik semula untuk menyumbang khidmat dengan KKM berdasarkan keperluan dan bidang kritikal.
- “Kerajaan juga meningkatkan peluang latihan kepakaran perubatan supaya lebih ramai doktor pakar dihasilkan melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway di KKM selain menggalakkan pakar perubatan warganegara yang berkhidmat di luar negara untuk pulang ke tanah air,”
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan pelantikan graduan perubatan secara kontrak tanpa melalui proses temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ia adalah antara langkah dilaksanakan kementerian dalam menangani masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam serta swasta pada masa ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata inisiatif lain yang akan dilakukan adalah melantik semula pegawai perubatan pakar yang sudah tamat kontrak untuk berkhidmat dengan kementerian mengikut keperluan.
Katanya, pegawai perubatan pakar yang sudah bersara wajib turut dilantik semula untuk menyumbang khidmat dengan KKM berdasarkan keperluan dan bidang kritikal.
“Slot latihan siswazah di KKM turut ditingkatkan daripada 10,835 pada 2013 kepada 12,228 tahun lalu selain menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Kepakaran.
“Kerajaan juga meningkatkan peluang latihan kepakaran perubatan supaya lebih ramai doktor pakar dihasilkan melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway di KKM selain menggalakkan pakar perubatan warganegara yang berkhidmat di luar negara untuk pulang ke tanah air,” katanya menerusi jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan langkah KKM untuk mengatasi masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam serta swasta.
Dr Zaliha berkata, selain untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan, penambahan jumlah pegawai perubatan dibuat bagi memenuhi sasaran seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk menjelang 2025 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
“KKM turut mengambil kira kepentingan perkhidmatan jururawat bagi memperkukuh serta memantapkan tadbir urus klinikal dan penggubalan dasar berkaitan kesihatan.
“Perkembangan profesion kejururawatan perlu dinamik ekoran kehendak perkhidmatan semasa, skop tugas yang luas dan kompleks dalam menangani perubahan drastik yang berlaku dalam sistem kesihatan negara,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan bilangan pegawai perubatan di sektor awam serta swasta dapat dilihat berdasarkan nisbah kepada penduduk pada 2021, iaitu 1:420 berbanding 1:554 pada tahun 2017.
Manakala bagi jururawat pula, nisbah kepada penduduk pada 2021 adalah 1:283 berbanding 1:302 pada tahun 2017.
“Sehingga 31 Disember 2022, terdapat seramai 6,985 pakar perubatan, pegawai perubatan (52,666) dan 69,608 jururawat sedang berkhidmat di fasiliti kesihatan kementerian,” katanya.
Katanya, selain pengisian kekosongan jawatan tetap sedia ada, KKM turut membuat pelantikan secara kontrak jururawat bagi memenuhi keperluan segera di fasiliti kesihatan kritikal.
Sehingga 31 Disember 2022, seramai 2,336 jururawat lantikan kontrak berkhidmat di KKM.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas