Terkini
Kerajaan dapat jimat RM17 billion jika T20 tidak diberi subsidi bahan api – Ahmad Maslan
Persidangan Dewan Rakyat semalam (28 Februari) diberitahu bahawa kerajaan boleh jimat sehingga RM17 bilion sekiranya golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

- Pada 2022, penggunaan ketiga-tiga bahan api itu dalam kumpulan B40 hanya sekitar 24 peratus, manakala M40 sebanyak 41 peratus dan kumpulan T20 adalah 35 peratus. – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan
- “Dari segi angka ialah RM50.8 billion, kalau darab dengan 35 peratus digunakan T20 nilainya RM17.8 billion.”
- “Jika T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, anggaran penjimatan RM15 billion ke RM17 billion, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain kita boleh gunakan bantu rakyat dalam pelbagai urusan di 26 kementerian,” katanya.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat semalam (28 Februari) diberitahu bahawa kerajaan boleh jimat sehingga RM17 bilion sekiranya golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada 2022, penggunaan ketiga-tiga bahan api itu dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) hanya sekitar 24 peratus, manakala berpendapatan sederhana (M40) sebanyak 41 peratus dan kumpulan T20 adalah 35 peratus.
“Dari segi angka ialah RM50.8 billion, kalau darab dengan 35 peratus yang digunakan T20 nilainya RM17.8 billion.
“Jika T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, anggaran penjimatan RM15 bilion ke RM17 billion, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh gunakan untuk bantu rakyat dalam pelbagai urusan di 26 kementerian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang ingin tahu sama ada langkah kerajaan menggunakan pangkalan data bersepadu dalam mekanisme pemberian subsidi bersasar berkesan untuk mengelak ketirisan, dan bagaimana mereka yang dalam kumpulan M40 yang tercicir ke kumpulan B40 di bandar akan menerima manfaat subsidi bersasar itu.
Ahmad berkata jumlah subsidi yang diberikan untuk diesel pada 2018-2019 adalah RM5.8 billion hingga RM6.1 billion, namun subsidi itu meningkat kepada RM8.4 bilion berikutan penggunaannya yang bertambah.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan terus memantau aktiviti penyeludupan petrol dan diesel secara bersepadu bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Katanya, harga RON95 di Malaysia adalah jauh lebih murah iaitu RM2.05 seliter berbanding negara jiran seperti Singapura (RM8.51 seliter), Thailand (RM5.71 seliter) dan Indonesia (RM3.78 seliter).
Ahmad menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang mengenai langkah yang diambil kerajaan terhadap individu yang melakukan penyeludupan bahan api tersebut.
Sumber: Bernama
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas