Connect with us

Terkini

Inisiatif Rahmah hanya bersifat jangka masa pendek – Penganalisis Ekonomi

Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan ketika ini di bawah inisiatif Rahmah hanya bersifat jangka masa pendek.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Inisiatif Rahmah hanya bersifat jangka masa pendek - Penganalisis Ekonomi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Langkah diambil kerajaan ketika ini bawah inisiatif Rahmah hanya bersifat jangka masa pendek. – Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
  • “Apa yang berlaku hari ini ialah pergerakan harga inflasi yang lebih pantas berbanding peningkatan gaji. Ia berbeza sekiranya harga barang dan gaji naik seiring. Itu tiada masalah. Situasi ini lebih memburuk akibat COVID-19.”
  • “Sebelum COVID-19, 39 peratus pekerja bergaji RM2,000 ke bawah. Kalau kita ambil kira julat pendapatan RM3,000, angka pekerja yang menerima gaji sedemikian boleh mencecah 60 peratus. Tetapi angka itu jauh lebih rendah pascapandemik.”
  • “Jadi, itu yang menyebabkan kos sara hidup semakin meruncing. Pemerhatian saya, isu ini masih membelenggu meskipun ada inisiatif Menu Rahmah,” katanya  dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI.

Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan ketika ini di bawah inisiatif Rahmah hanya bersifat jangka masa pendek.

“Apa yang berlaku hari ini ialah pergerakan harga inflasi yang lebih pantas berbanding peningkatan gaji. Ia berbeza sekiranya harga barang dan gaji naik seiring. Itu tiada masalah. Situasi ini lebih memburuk akibat COVID-19.

“Sebelum COVID-19, 39 peratus pekerja bergaji RM2,000 ke bawah. Kalau kita ambil kira julat pendapatan RM3,000, angka pekerja yang menerima gaji sedemikian boleh mencecah 60 peratus. Tetapi angka itu jauh lebih rendah pascapandemik.

“Jadi, itu yang menyebabkan kos sara hidup semakin meruncing. Pemerhatian saya, isu ini masih membelenggu meskipun ada inisiatif Menu Rahmah,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI.

Sehubungan itu, Mohd Yusof mencadangkan agar kenaikan gaji dimulakan di peringkat sektor awam sebelum diikuti oleh sektor swasta.

“Isu gaji kita perlu faham bahawa, tidak ada jalan lain, kita mesti naikkan gaji. Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya naikkan gaji penjawat awam gred rendah, ada meritnya.

“Ini kerana, kalau kita lihat perjalanan ekonomi Malaysia, gaji akan bergerak di dalam sektor swasta apabila sektor kerajaan bergerak dahulu,” jelasnya.

Mohd Yusof turut mencadangkan agar Kementerian Kewangan (MOF) atau Kementerian Ekonomi yang mengetuai usaha menangani kos sara hidup, berbanding dasar kerajaan semasa yang meletakkan tugas ini di bahu KPDN.

Asas kepada cadangan itu, katanya, adalah kerana MOF dan Kementerian Ekonomi mempunyai kuasa menentukan kaedah perbelanjaan dana kerajaan, khususnya dana pembangunan.

Oleh itu, kementerian-kementerian ini boleh membuat keputusan yang lebih berkesan dengan peruntukan yang lebih besar, tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *