Connect with us

Terkini

KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras pada Selasa, 19 September 2023 (esok).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras pada Selasa, 19 September 2023 (esok).
  • Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, usaha itu membantu rakyat yang kini terbeban kenaikan harga beras tempatan.
  • “Esok kita akan lancar Jualan Rahmah Beras di mana rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun dan subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
  • Menurutnya, langkah diambil selepas mendengar rungutan rakyat kecewa kenaikan mendadak harga beras putih tempatan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras pada Selasa, 19 September 2023 (esok).

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.

“Esok kita akan lancar Jualan Rahmah Beras di mana rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun dan subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Fuziah berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas mendengar rungutan rakyat yang kecewa dengan kenaikan mendadak harga beras putih tempatan.

Dalam pada itu, KPDN akan mengumumkan mengenai mekanisme berkaitan pelancaran program itu tidak lama lagi.

“Sebenarnya berkenaan kawal selia padi dan beras, kita semua tahu ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). KPDN tiada kuasa mengawal pun, harga pun tak.

“Tetapi hari-hari kita dengar rintihan rakyat, maka KPDN cuba cari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan tiada beras tempatan seperti didakwa,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending