Connect with us

Terkini

‘Agama jangan buat mudah,’ pendakwah tegur Liyana Jasmay anggap rakyat Malaysia cepat ‘triggered’

“Agama jangan buat mudah. Ini hak Allah,” kata pendakwah dan penulis, Pahrol Mohamad Juoi menegur selebriti, Liyana Jasmay, yang menyifatkan rakyat Malaysia cepat ‘triggered’ atau mudah tersinggung dengan hal-hal remeh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

‘Agama jangan buat mudah,’ pendakwah tegur Liyana Jasmay anggap rakyat Malaysia cepat ‘triggered’
Foto: Selebriti, Liyana Jasmay (kiri), Pendakwah dan penulis, Pahrol Mohamad Juoi (kanan).
  • “Agama jangan buat mudah. Ini hak Allah,” kata pendakwah dan penulis, Pahrol Mohamad Juoi menegur selebriti, Liyana Jasmay, yang menyifatkan rakyat Malaysia cepat ‘triggered’ atau mudah tersinggung dengan hal-hal remeh.
  • “Mungkin bagi kalian itu kecil. Tetapi bagi pencinta agama itu soal paling penting… melebihi diri dan dunia serta segala isinya.
  • “Jangan main api…tolong saling menghormati dan menghargai,” katanya yang meninggalkan komen di Facebook, yang berkongsi artikel berkenaan kenyataan Liyana.
  • Tinjauan The Merdeka Times, mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Pahrol dan meluahkan rasa syukur kerana masih ramai penganut Islam yang merasa ‘triggered’ akan perkara yang dibangkitkan menerusi filem tersebut.

KUALA LUMPUR – “Agama jangan buat mudah. Ini hak Allah,” kata pendakwah dan penulis, Pahrol Mohamad Juoi menegur selebriti, Liyana Jasmay, yang menyifatkan rakyat Malaysia cepat ‘triggered’ atau mudah tersinggung dengan hal-hal remeh.

Liyana berkata demikian susulan kontroversi filem Mentega Terbang yang dikritik kerana kandungannya didakwa mempersenda agama dan bertentangan akidah bahkan penganut agama lain juga menganggap kandungannya mampu menjejaskan nilai keaslian agama. 

Pahrol berkata, implikasi dari sikap ambil mudah itu akan dirasai di dunia serta akhirat.

“Mungkin bagi kalian itu kecil. Tetapi bagi pencinta agama itu soal paling penting… melebihi diri dan dunia serta segala isinya. 

“Jangan main api…tolong saling menghormati dan menghargai,” katanya yang meninggalkan komen di Facebook, yang berkongsi artikel berkenaan kenyataan Liyana.

Tinjauan The Merdeka Times, mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Pahrol dan meluahkan rasa syukur kerana masih ramai penganut Islam yang merasa ‘triggered’ akan perkara yang dibangkitkan menerusi filem tersebut.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook.

Terbaharu, media melaporkan penerbit, enam pelakon dan pengarah filem Mentega Terbang telah dirakam keterangan yang dijalankan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kes tersebut disiasat oleh USJT, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung – Official

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *