Connect with us

Terkini

[VIDEO] “Usah melampaui batasan asyik sentuh isu agama Islam,” – Firdaus Wong tegur Timbalan Presiden MIC

Ahli politik bukan muslim dinasihatkan untuk tidak mencampuri urusan orang Islam, demikian kata Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung.

Hidayah Sani

Published

on

[VIDEO] “Usah melampaui batasan asyik sentuh isu agama Islam,” - Firdaus Wong tegur Timbalan Presiden MIC
Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung (kiri) dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan (kanan)
  • Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung, berkata demikian ketika mengulas ciapan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yang seakan tidak senang dengan kenyataan terbaharu Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar terkait sambutan Hari Thaipusam, pada Ahad lalu.
  • Sabtu lalu, Na’im Mokhtar menasihatkan umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam, ini kerana perayaan tersebut merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.
  • Sebarang garis panduan dari JAKIM dan Jabatan Agama Islam yang tidak membenarkan golongan muslim sertai upacara keagamaan agama lain adalah untuk golongan itu sahaja bukan melibatkan golongan bukan muslim.
  • “Nasihat saya buat para ahli politik bukan Muslim, tak perlu masuk campur urusan orang Islam sebagaimana kami tak pernah jemput orang Hindu tolong melapah lembu ketika Aidiladha kerana menghormati sensitiviti penganut Hindu.”

KUALA LUMPUR – Ahli politik bukan muslim dinasihatkan untuk tidak mencampuri urusan orang Islam.

Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung, berkata demikian ketika mengulas ciapan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yang seakan tidak senang dengan kenyataan terbaharu Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar terkait sambutan Hari Thaipusam, pada Ahad lalu.

Sabtu lalu, Na’im Mokhtar menasihatkan umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam, ini kerana perayaan tersebut merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Tangkap layar ciapan Twitter Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan

Mengulas lanjut Firdaus Wong, berkata, sebarang garis panduan dari JAKIM dan Jabatan Agama Islam yang tidak membenarkan golongan muslim sertai upacara keagamaan agama lain adalah untuk golongan itu sahaja bukan melibatkan golongan bukan muslim.

Katanya, apa yang halal dan haram dalam Islam bukannya mengikut berapa ramai orang Islam dan pemimpin Islam mana yang terlibat sebaliknya halal tetap halal dan haram tetap haram.

Tegasnya, ini berikutan hukum Islam berdiri dengan sendirinya dan sesuatu yang haram tetap haram walaupun pemimpin melakukannya. 

“Nasihat saya buat para ahli politik bukan Muslim, tak perlu masuk campur urusan orang Islam sebagaimana kami tak pernah jemput orang Hindu tolong melapah lembu ketika Aidiladha kerana menghormati sensitiviti penganut Hindu.

“Aidilfitri dan Aidiladha perayaan keagamaan untuk orang Islam. Kami tak kecil hati pun kalau bukan Muslim tak join atau bagi ucapan kepada kami. Bagi kami agama kami bagi kamu agama kamu.

“Usah melampaui batasan asyik menyentuh isu agama Islam dan seolah-olah hanya Muslim yang salah dan keengganan Muslim turut serta dalam perayaan bukan Muslim menjadi penyebab sukar mencapai keharmonian,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Firdaus Wong menjelaskan bahawa Islam ada prinsip tersendiri begitu juga dengan bukan muslim dan sudah semestinya prinsip itu dihormati kerana itu hak bagi bukan beragama Islam. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending