Terkini
PrEP: Perubatan ‘terbaru’ abaikan kaedah pencegahan liwat, seks anal — Profesor Rafidah Hanim
Pengamal perubatan didakwa lebih memberi tumpuan kepada nasihat dan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada golongan homoseksual berbanding kaedah pencegahan (abstinen) perbuatan liwat/seks anal.
- Pengamal perubatan didakwa lebih memberi tumpuan kepada nasihat dan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada golongan homoseksual berbanding kaedah pencegahan (abstinen) perbuatan liwat, seks anal.
- Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, berdasarkan beberapa rajah dilampirkan dalam Facebooknya, menunjukkan nasihat-nasihat doktor untuk penggunaan PrEP berdasarkan kekerapan melakukan hubungan liwat/seks anal.
- “P/S anda akan dapati lebih banyak rajah, kempen, poster, diagram menguruskan seks anal daripada rajah, kempen, poster, diagram mengatakan TIDAK kepada homoseksualiti atau ABSTINEN atau وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ (jangan hampiri zina),” katanya dalam hantaran di Facebook.
KUALA LUMPUR – Pengamal perubatan didakwa lebih memberi tumpuan kepada nasihat dan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada golongan homoseksual berbanding kaedah pencegahan (abstinen) perbuatan liwat/seks anal.
Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, berdasarkan beberapa rajah dilampirkan, menunjukkan nasihat-nasihat doktor untuk penggunaan PrEP berdasarkan kekerapan melakukan hubungan liwat/seks anal.
“Begitulah homoseksualiti di “uruskan” oleh perubatan walaupun kita ada posisi berlawanan dalam agama dan undang-undang. Kerana perubatan “terbaru” mengabaikan abstinen.
“P/S anda akan dapati lebih banyak rajah, kempen, poster, diagram menguruskan seks anal daripada rajah, kempen, poster, diagram mengatakan TIDAK kepada homoseksualiti atau ABSTINEN atau وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ (jangan hampiri zina),” katanya dalam hantaran di Facebook.
The Merdeka Times sebelum ini, melaporkan Mufti Negeri Selangor dan Mufti Negeri Sabah menegaskan pemberian PrEP secara percuma kepada pengamal homoseksual yang masih berstatus negatif HIV untuk mencegah jangkitan penyakit itu adalah dilarang.
Disember lalu, Kementerian Kesihatan dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan di antara pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar