Connect with us

Terkini

Menteri Kesihatan asyik ‘sibuk’ bila ajak jumpa – Gerakan Hartal Doktor Kontrak

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Menteri Kesihatan asyik ‘sibuk’ bila ajak jumpa - Gerakan Hartal Doktor Kontrak
Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Hartal Doktor Kontrak.
  • Gerakan Hartal Doktor Kontrak mempersoalkan kebenaran kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dibuat semalam yang mengatakan kesediaan beliau bersemuka pekerja kesihatan yang berhasrat untuk mogok
  • Gerakan itu bandingkan kepimpinan menteri kesihatan terdahulu, Khairy Jamaluddin dengan Dr Zaliha yang sehingga kini belum buat sebarang pertemuan dengan gerakan itu mahupun doktor kontrak lain.
  • Khairy Jamaluddin sebelum ini tidak ambil waktu lama untuk bersemuka dengan mereka sebaik dilantik dalam kementerian itu.
  • Jadi YB Dr Zaliha, berapa lama lagi kita perlu menunggu sebelum mesyuarat kita?” tulis gerakan itu dalam hantaran di Facebook.

KUALA LUMPUR – Gerakan Hartal Doktor Kontrak mempersoalkan kebenaran kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang mengatakan kesediaan beliau bersemuka pekerja kesihatan yang dilapor mahu mengadakan mogok ekoran kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

Gerakan itu dalam hantaran di Facebook hari ini mendakwa mereka acapkali mendapat balasan ‘YB sibuk’ ketika diajak bertemu sedangkan di media sosial lain pula maklum balas diterima.

Dalam pada itu, gerakan Hartal doktor Kontrak turut membandingkan kepimpinan menteri kesihatan terdahulu, Khairy Jamaluddin dengan Dr Zaliha yang sehingga kini belum membuat sebarang pertemuan dengan pihak mereka mahupun doktor kontrak lain.

Katanya, Khairy sebelum ini tidak mengambil waktu lama untuk bersemuka dengan mereka sebaik sahaja dilantik mengetuai kementerian tersebut.

“Memandangkan YB Dr Zaliha dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia pada 2 Disember 2022, sudah 76 hari sejak itu, dan belum ada pertemuan dengan Hartal Doktor Kontrak atau doktor kontrak.

“Sebaliknya, pendahulunya Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada 27 Ogos 2021, dan pertemuan pertama antara Khairy dan Hartal adalah pada 21 September 2021; 26 hari selepas dipilih.

Jadi YB Dr Zaliha, berapa lama lagi kita perlu menunggu sebelum mesyuarat kita?” tulis gerakan itu dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun Hartal Doktor Kontrak menghargai komitmen ditunjukkan Dr Zaliha untuk bertemu pihak berkepentingan berkaitan isu-isu berkaitan dengan doktor dan pekerja penjagaan kesihatan lain terutamanya mengenai isu kontrak.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Zaliha mengatakan bahawa beliau bertekad menyelesaikan masalah itu dan meminta pihak berkaitan untuk berfikir lebih matang.

Minggu lalu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak memaklumkan bersedia melakukan mogok sekali lagi jika Kementerian Kesihatan terus ‘membisu’ dalam menangani isu berkaitan sistem kesihatan negara dalam tempoh tiga bulan ini.

Jurucakapnya, Dr Muhammad Yassin, berkata gerakan itu memberi tempoh tiga bulan kepada kementerian sebelum mogok dirancang untuk dilakukan secara besar-besaran. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Hartal Doktor Kontrak

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *