Terkini
Hukum khatan wanita berbeza ikut keadaan alat sulit – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017 berpendapat bahawa hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit golongan itu.

- Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkata pandangan itu dikeluarkan selepas merujuk dalil-dalil dibincang ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal khitan anak perempuan.
- “Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar.
- “Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama.
- “Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya,” kata jawatankuasa itu di laman web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017 berpendapat bahawa hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit golongan itu.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkata, pandangan itu dikeluarkan setelah merujuk dalil-dalil dibincangkan ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal khitan anak perempuan.
“Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar.
“Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama.
“Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya,” kata jawatankuasa itu di laman web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Beliau berkata khitan bayi perempuan yang dilakukan sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar ia merupakan amalan tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan berkemungkinan mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan secara salah.
Jawatankuasa itu juga berkata, andaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita disebabkan tidak berkhitan adalah tidak bersandarkan (memiliki) kepada sebarang alasan yang kukuh.
Terbaharu, media melaporkan Pegawai Komunikasi Sisters in Islam (SIS), Aleza Othman menggesa kerajaan untuk mengarahkan semakan semula fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dikeluarkan 2009 mengenai berkhatan bagi perempuan adalah wajib.
Beliau turut dilaporkan berkata tiada dapatan kukuh dan sahih al-Quran atau sunnah bagi amalan sedemikian.
Katanya, negara Islam lain termasuk Mesir dan Indonesia telah pun mengeluarkan fatwa mengatakan mutilasi alat kelamin perempuan memudaratkan wanita dan kanak-kanak perempuan. – The Merdeka Times
Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis
