Connect with us

Terkini

Ungkapan ‘haram’ Muhyiddin hanya sekadar mantik politik, bukan fatwa – Razali 

Ungkapan ‘haram’ mengundi calon lawan yang diucapkan ahli politik ketika kempen pilihan raya disifatkan bahasa mantik politik biasa untuk memberi semangat kepada pengundi serta penyokong parti, dan bukannya satu fatwa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ungkapan ‘haram’ Muhyiddin hanya sekadar mantik politik, bukan fatwa – Razali
Foto: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris (kiri), & Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Ungkapan ‘haram’ mengundi calon lawan diucapkan ahli politik ketika kempen pilihan raya disifatkan bahasa mantik politik biasa untuk memberi semangat kepada pengundi serta penyokong parti, dan bukannya satu fatwa.
  • Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata penggunaan perkataan haram itu adalah satu bentuk teknik kempen dan daya tarikan dalam ceramah atau pidato bertujuan menarik pengundi dalam pilihan raya.
  • “Sebagai ahli politik, saya anggap itu bukan fatwa kerana fatwa ia tertumpu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • “Pada saya kalau (haram) menjurus kepada individu, tidak bagus pun dari segi agama mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan benda yang haram tapi dalam konteks politik ni, dia banyak bahasa mantik,” katanya  pada sidang media dan penyerahan penajaan acara Mount Tebu Climbathon Challenge ’23 (MTCC’23) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
  • Razali berkata PH-BN kini sedang berada dalam ketakutan kehilangan kerusi di Parlimen Pulai kerana sekiranya PN menang di kerusi berkenaan, ia akan menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen dimiliki kerajaan di Dewan Rakyat.

Kuala Terengganu: Ungkapan ‘haram’ mengundi calon lawan yang diucapkan ahli politik ketika kempen pilihan raya disifatkan bahasa mantik politik biasa untuk memberi semangat kepada pengundi serta penyokong parti, dan bukannya satu fatwa.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata penggunaan perkataan haram itu adalah satu bentuk teknik kempen dan daya tarikan dalam ceramah atau pidato bertujuan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya.

“Sebagai ahli politik, saya anggap itu bukan fatwa kerana fatwa ia tertumpu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Pada saya kalau (haram) menjurus kepada individu, tidak bagus pun dari segi agama mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan benda yang haram tapi dalam konteks politik ni, dia banyak bahasa mantik.

“Bahasa mantik ini kalau kita tidak ada dalam suasana ucapan itu, kita tidak faham, kalau kita ada dalam suasana itu, kita akan faham dan kadang-kadang itu petikan haram sahaja dikeluarkan…apa maksud sebenarnya, sebab saya tak ada dalam suasana tu,” katanya pada sidang media dan penyerahan penajaan acara Mount Tebu Climathon Challenge ’23 (MTCC’23) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, berkata demikian sebagai mengulas ungkapan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut ‘fatwa’ haram untuk pengundi memilih PH-BN dalam ceramah kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai

Mengulas lanjut, Razali berkata, ungkapan Muhyiddin itu hanya bertujuan memberi semangat, selain daya tarikan kepada pengundi dan bukannya bermaksud haram (berdosa) kalau tidak mengundi PN.

“Saya tidak fikir haram itu bermaksud berdosa (kalau tidak mengundi PN)…saya tak jangka ke situ, mungkin ayat dia lain, olahan dia lain…pada saya itu teknik kempen untuk menarik pengundi.

“(Dan) di sebelah sana pun macam-macam juga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, tapi pada saya biarlah kita berhemah dalam berkempen pilihan raya,” katanya.

Razali berkata, PH-BN kini sedang berada dalam ketakutan akan kehilangan kerusi di Parlimen Pulai kerana sekiranya PN menang di kerusi berkenaan, ia akan menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen dimiliki kerajaan di Dewan Rakyat.

Sebab itu katanya, banyak sekatan kempen dilakukan terhadap PN seperti sekatan melalui media sosial, selain beberapa tindakan polis terhadap pemimpin parti berkenaan.

“Tok guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dah berapa kali dipanggil polis, Muhyiddin pun sama dan banyak lagi rakan-rakan yang membuat ceramah mungkin tak berat sangatlah tapi masih lagi disekat penguasa yang sedang dalam ketakutan sebab itu (Parlimen Pulai) satu-satunya kerusi, kalau sekiranya PN menang maka menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen di Dewan Rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author