Connect with us

Terkini

Khidmat ‘Boyfriend Online’ haram – Mufti Sabah

Perkhidmatan teman lelaki atas talian atau Boyfriend Online adalah haram di sisi agama dan berdosa, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

faizah21

Published

on

Khidmat 'Boyfriend Online' haram – Mufti Sabah
Foto: Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
  • Perkhidmatan teman lelaki atas talian atau Boyfriend Online adalah haram di sisi agama dan berdosa, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
  • Beliau berkata perbuatan itu disifatkan sebagai haram kerana mendekatkan diri kepada perbuatan zina.
  • “Allah kata jangan buat tapi hampir pun jangan. Hampir ni maknanya sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada zina. Zina tu haram dah, tapi perbuatan ni yang mendekatkan. Antara perbuatan yang boleh mendekatkan ini adalah macam ni la. 
  • “Maknanya kalau perbuatan dia jadi Boyfriend Online ni haram kerana tadi la, maka wang pendapatan dia pun haram. Tak wajar dan tak boleh dinormalisasikan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Mufti Sabah itu mengulas mengenai kegiatan dua beradik kembar menawarkan khidmat sewa Boyfriend Online hingga mampu menjana pendapatan mencecah 30 ribu ringgit sebulan yang dikongsikan dalam instagram  @saysdotcom.
  • Walaupun bertegas perkhidmatan itu tidak membabitkan seks, khidmat Boyfriend Online turut ditawarkan kepada kaum sejenisnya iaitu lelaki selain pelanggan lain yang turut meliputi artis dan kenamaan.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan teman lelaki atas talian atau Boyfriend Online adalah haram di sisi agama dan berdosa, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Beliau berkata perbuatan itu disifatkan sebagai haram kerana mendekatkan diri kepada perbuatan zina.

Katanya, zina itu sendiri adalah berdosa besar dan dicegah sekeras-kerasnya oleh agama. 

“Allah kata jangan buat tapi hampir pun jangan. Hampir ni maknanya sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada zina. Zina tu haram dah, tapi perbuatan ni yang mendekatkan. Antara perbuatan yang boleh mendekatkan ini adalah macam ni la. 

“Jadi, ada satu kaedah bila perbuatan tu haram, maka perbuatan lain yang ada kaitan pun jadi haram. 

“Maknanya kalau perbuatan dia jadi Boyfriend Online ni haram kerana tadi la, maka wang pendapatan dia pun haram. Tak wajar dan tak boleh dinormalisasikan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini. 

Mufti Sabah itu mengulas mengenai kegiatan dua beradik kembar menawarkan khidmat sewa Boyfriend Online hingga mampu menjana pendapatan mencecah 30 ribu ringgit sebulan yang dikongsikan dalam instagram  @saysdotcom.

Mereka bagaimanapun tidak menawarkan perkhidmatan seks.

Namun, khidmat Boyfriend Online itu turut ditawarkan kepada kaum sejenisnya iaitu lelaki selain pelanggan lain yang turut meliputi artis dan golongan kenamaan.

“Jadi, walaupun mengajar Matematik tu (antara khidmat ditawarkan lelaki itu) betul tapi cara dia salah, dia jadikan boyfriend dulu. Boyfriend laki dengan laki itu dah clear haram walaupun dia belum buat lagi tapi ini mukadimah sebelum dia buat. Macam saya cakap tadi la, jangan dekati zina. 

“Walaupun tawaran dia menarik tetapi dia tetap berdosa kerana mukadimahnya itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Mufti Sabah turut menasihatkan, “generasi muda kita yang pertama kena betul-betul beriman kepada Allah, tuntut ilmu supaya yakin dan beriman dengan sepenuhnya. 

“Yang kedua, komited dengan ibadat, jangan tinggal sembahyang. Yang ketiga, berkawan dengan orang baik-baik sebab takut terpengaruh,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Peniaga bukan Islam tidak tertakluk arahan henti berniaga waktu Maghrib – EXCO Kedah

Arahan peniaga pasar malam perlu menghentikan seketika operasi perniagaan pada waktu solat Maghrib di seluruh negeri Kedah hanya untuk kelompok beragama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arahan peniaga pasar malam perlu menghentikan seketika operasi perniagaan pada waktu solat Maghrib di seluruh negeri Kedah hanya untuk kelompok beragama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata peniaga bukan Islam, terutama di pasar malam, tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan. 
  • “Peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar malam bersama peniaga Islam cuma digalak mengikuti peraturan ini.
  • “Pada masa sama, kita juga menggalakkan pengunjung pasar malam beragama Islam tidak membeli-belah pada waktu solat Maghrib,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Sungai Petani, hari ini. 
  • Penjelasan mengenai penguatkuasaan itu dibuat bagi memberi pencerahan kepada peniaga bukan Islam selepas terdapat banyak pertikaian di media sosial berkenaan arahan berkenaan.

KUALA LUMPUR — Arahan peniaga pasar malam perlu menghentikan seketika operasi perniagaan pada waktu solat Maghrib di seluruh negeri Kedah hanya untuk kelompok beragama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata peniaga bukan Islam, terutama di pasar malam, tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan. 

“Penguatkuasaan peraturan ini hanya membabitkan aktiviti perniagaan pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta.

“Peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar malam bersama peniaga Islam cuma digalak mengikuti peraturan ini.

“Pada masa sama, kita juga menggalakkan pengunjung pasar malam beragama Islam tidak membeli-belah pada waktu solat Maghrib,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Sungai Petani, hari ini. 

Penjelasan mengenai penguatkuasaan itu dibuat bagi memberi pencerahan kepada peniaga bukan Islam selepas terdapat banyak pertikaian di media sosial berkenaan arahan berkenaan.

Ini susulan semua penjaja pasar malam di Kedah sebelum ini dilaporkan diarah supaya menghentikan seketika operasi perniagaan bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Tempoh menghentikan perniagaan adalah mulai lima minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

Penguatkuasaan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 21 Februari lalu.

Arahan itu juga menyaksikan netizen bukan Islam mempertikaikan tindakan tersebut dan ada yang menganggap perkara berkenaan adalah satu jenaka dan menyindir ibadah umat Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending