Connect with us

Terkini

Henti keluar fatwa demi perpaduan rakyat – Sultan Selangor

Semua rakyat terutama pemimpin politik digesa menghentikan perbuatan mengeluarkan sebarang fatwa dengan secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat negara ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Henti keluar fatwa demi perpaduan rakyat – Sultan Selangor
Foto: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • Semua rakyat terutama pemimpin politik digesa menghentikan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat negara ini. 
  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam bertitah, baginda membangkitkan isu berkaitan pengeluaran fatwa secara berleluasa sebahagian pemimpin-pemimpin politik sejak akhir-akhir ini merupakan satu trend amat membahayakan.
  • “Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab ini. Ingatan beta ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik,” titah baginda. 
  • Sultan Sharafuddin Idris menegaskan, fatwa negara hanya dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau mufti setelah mendapat perkenan daripada raja setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu hukum.

PETALING JAYA: Semua rakyat terutama pemimpin politik digesa menghentikan perbuatan mengeluarkan sebarang fatwa dengan secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat negara ini. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam bertitah, baginda membangkitkan isu berkaitan dengan pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh sebahagian pemimpin-pemimpin politik sejak akhir-akhir ini yang merupakan satu trend amat membahayakan.

Baginda menyeru kepada polis agar mengambil tindakan proaktif dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka membangkitkan isu-isu sensitif melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka berhasrat melakukan perkara sama pada masa hadapan.

“Oleh itu suka beta mengingatkan dan menggesa kepada rakyat sekalian terutama pemimpin-pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab ini demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. 

“Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab ini. Ingatan beta ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik. 

“Malah beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil selesai bagi mengelakkan kenyataan beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik. Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Sultan Sharafuddin Idris menegaskan, fatwa di negara ini hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau mufti setelah mendapat perkenan daripada raja bagi setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu hukum tersebut.

Advertisement

Titah baginda, di samping itu Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) juga bertanggungjawab di dalam mengeluarkan pandangan hukum setelah perbincangan dengan mufti-mufti setiap negeri diadakan dan setelah mendapat perkenaan dari Majlis Raja-raja. 

“Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mendapat perkenan raja bagi sesebuah negeri untuk difatwakan. Sesuatu Fatwa yang dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang Mufti sahaja.

“Bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli sama ada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI dan atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri yang terdiri daripada alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. 

“Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat. Sebaliknya sekiranya fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik ianya akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa,” titah baginda. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending