Terkini
Fatwa politik Muhyiddin berisiko membenihkan ekstremisme – Naib Pengerusi DAP Johor
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat sebagai melampau dan amat jahat.

- Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat sebagai melampau dan amat jahat.
- Beliau percaya, implikasi kenyataan bekas Perdana Menteri itu sebagai sangat berbahaya, malah boleh membenihkan ekstremisme dalam negara.
- Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor bimbang politik melabel ‘halal’ dan ‘haram’ berisiko menyemarakkan budaya ‘takfiri’ sedangkan politik ialah soal ijtihadi.
- “Selain itu, kenyataan dikeluarkan juga bercanggah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu rakyat negara ini tidak menjadikan isu agama sebagai bahan polemik yang boleh menjolok perbalahan politik.
- “Saya berharap, PN berpolitiklah dengan mengemukakan tawaran dasar dan dasar yang baik untuk rakyat. Itu yang lebih diperlukan untuk Malaysia maju ke hadapan,” katanya melalui kenyataan semalam.
Johor Bahru: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat sebagai melampau dan amat jahat.
Beliau percaya, implikasi kenyataan bekas Perdana Menteri itu sebagai sangat berbahaya, malah boleh membenihkan ekstremisme dalam negara.
Bagaimanapun, katanya, ia bukan sesuatu yang pelik bagi Muhyiddin kerana Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pernah melabelkan PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’ suatu ketika dulu.
Apa pun, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor bimbang politik melabel ‘halal’ dan ‘haram’ berisiko menyemarakkan budaya ‘takfiri’ sedangkan politik ialah soal ijtihadi.
“Jika dari segi logik mengundi calon selain PN adalah ‘haram’, maka apakah pengundi yang mengundi PH dan Barisan Nasional (BN) telah melakukan dosa?
“Implikasi tuduhan dibuat Muhyiddin sangat berbahaya. Ia boleh membenihkan ekstremisme dalam negara kita dan membantutkan perpaduan rakyat, meruntuhkan demokrasi dan menggugat kekuatan ekonomi Malaysia.
“Selain itu, kenyataan dikeluarkan juga bercanggah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu rakyat negara ini tidak menjadikan isu agama sebagai bahan polemik yang boleh menjolok perbalahan politik.
“Saya berharap, PN berpolitiklah dengan mengemukakan tawaran dasar dan dasar yang baik untuk rakyat. Itu yang lebih diperlukan untuk Malaysia maju ke hadapan,” katanya melalui kenyataan semalam.
Terdahulu, Muhyiddin dilapor mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi Suhaizan dan melarang pengundi di kawasan Parlimen Pulai mengundi calon itu pada pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN