Connect with us

Terkini

Enam syarikat ada kaitan lembaga pengarah Finas antara penerima RM4 juta dana DKD

Lebih RM4 juta dana daripada Dana Kandungan Digital (DKD) disalurkan kepada syarikat yang didapati ada kaitan dengan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) serta ahli keluarga mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Enam syarikat ada kaitan lembaga pengarah Finas antara penerima RM4 juta dana DKD
Foto: Bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
  • Dana berjumlah lebih RM4 juta daripada DKD disalurkan kepada syarikat yang didapati ada kaitan dengan ahli lembaga pengarah Finas serta ahli keluarga mereka.
  • Laporan Ketua Audit Negara tahun 2021 siri 2 menunjukkan enam syarikat berkaitan menerima dana itu yang terletak berada di bawah bidang kuasa  Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebelum ini.
  • Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah membuat tindakan ekoran pendedahan ketua audit negara berkenaan isu itu.
  • Saya akan menyemak DKD untuk memastikan ia digunakan dengan baik, memandangkan kandungan ini mampu untuk menjadi harta intelek yang boleh dieksport ke seluruh dunia – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Lebih RM4 juta dana daripada Dana Kandungan Digital (DKD) disalurkan kepada syarikat yang didapati ada kaitan dengan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) serta ahli keluarga mereka.

Menurut The Vibes yang memetik Laporan Ketua Audit Negara tahun 2021 siri 2 menunjukkan enam syarikat berkaitan menerima dana itu yang terletak berada di bawah bidang kuasa  Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebelum ini.

Laporan itu menjelaskan dana yang disalurkan kepada syarikat terbabit adalah berkaitan dengan projek filem dan siri televisyen.

“Keputusan telah dibuat pada September 2022 untuk membentangkan surat rasmi kepada SPRM untuk menyiasat isu berkenaan DKD,” kata laporan ketua audit negara itu.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah membuat tindakan ekoran pendedahan ketua juruaudit berkenaan isu itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata pihaknya menerima taklimat penuh mengenai isu itu daripada Finas dua minggu lalu.

Beliau berkata walaupun siasatan terhadap pelanggaran undang-undang terletak di bawah kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, namun pihaknya turut perlu bertindak.

“Saya agak terkejut dengan isu yang dibangkitkan dalam laporan ketua audit negara,” katanya kepada media selepas menghadiri perjumpaan persendirian sebagai penceramah jemputan di Galeri Bukit Bintang City Centre semalam.

“Saya akan menyemak DKD untuk memastikan ia digunakan dengan baik, memandangkan kandungan ini mampu untuk menjadi harta intelek yang boleh dieksport ke seluruh dunia,

“Saya lihat DKD sebagai aspek yang sangat penting kepada ekonomi digital, terutamanya kepada Finas, dan mana-mana agensi lain, berdasarkan matlamat yang kementerian ingin lakukan,” katanya dipetik The Vibes.

Beliau berkata perlu ada beberapa usaha penambahbaikan untuk memastikan dan menunjukkan kepada ketua audit negara bahawa pihaknya berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

Dalam laporan ketua audit negara itu, Finas menyediakan notis untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah baharunya untuk mengingatkan ahli baharu supaya tidak melanggar peruntukan yang dinyatakan dalam Seksyen 14 Akta Finas 1981.

Undang-undang itu menyatakan sesiapa yang dilantik menjadi ahli lembaga pengarah atau jawatankuasa, atau mempunyai apa-apa hubungan dengan Finas, dilarang untuk mempunyai kepentingan dalam mana-mana organisasi atau syarikat yang terlibat dalam penerbitan filem atau memeterai kontrak dengan Finas sendiri.

Sumber: The Vibes 

Author