Connect with us

Terkini

Pelancong China perlu diwajibkan ujian COVID-19 sebelum masuk Malaysia – Pakar Virologi

Dua pakar virologi meminta agar ujian COVID-19 dijalankan ke atas semua pelancong China sebelum mereka terbang ke Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelancong China perlu diwajibkan ujian COVID-19 sebelum masuk Malaysia - Pakar Virologi
Foto: Amir Yunus (kiri), Vinod Balasubramaniam (kanan).
  • Menurut pakar virologi, Amir Yunus dari USM, saringan adalah kunci utama jauhi varian maut baharu.
  • Katanya, ujian sisa air tidak tentukan individu membawa virus. Jadi, semua penumpan perlu melalui saringan mandatori iaitu ujian antigen pantas.
  • Seorang lagi pakar dari Universiti Monash, Vinod Balasubramaniam berkata, ujian pra-penerbangan ke atas pelancong adalah langkah yang logik untuk dilakukan.
  • Pelancong yang berumur dua tahun ke atas dan mereka yang berisiko tinggi harus menunjukkan ujian PCR negatif sebelum keluar dari China.
  • “Menutup sementara sempadan antarabangsa tidak lagi dapat dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19,” katanya.

PETALING JAYA, 04 Januari 2023 – Dua pakar virologi meminta agar ujian COVID-19 dijalankan ke atas semua pelancong China sebelum mereka terbang ke Malaysia.

Menurut pakar virologi, Amir Yunus dari Universiti Sains Malaysia, saringan merupakan kunci utama untuk menjauhi varian maut baharu.

“Ujian sisa air boleh membantu mengenal pasti varian yang sedang menular. Ini memberi kita maklumat awal tentang kemungkinan wabak varian tertentu.”

“Tetapi ujian ini tidak dapat menentukan individu yang membawa virus itu. Jadi, selain persampelan air sisa, semua penumpang perlu melalui saringan mandatori melalui ujian antigen pantas,” kata Amir yang mengalu-alukan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.

Katanya, larangan kemasukan pelancong dari China adalah tidak perlu buat masa ini berikutan terdapatnya vaksin dan sebaliknya pihak berkuasa perlu mendapatkan kemas kini yang terbaru dari China.

Dalam pada itu, seorang lagi pakar virologi dari Universiti Monash, Vinod Balasubramaniam berkata, ujian pra-penerbangan ke atas pelancong adalah langkah yang logik untuk dilakukan.

Ujarnya, pelancong yang berumur dua tahun ke atas dan mereka yang berisiko tinggi harus menunjukkan ujian PCR negatif sebelum keluar dari China.

Vinod yang senada dengan Amir turut mengatakan bahawa ujian air sisa harus menjadi strategi jangka panjang bagi menjauhi varian baharu.

“Menutup sementara sempadan antarabangsa tidak lagi dapat dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19,” katanya.

Minggu lalu, KKM mengatakan bahawa pihaknya akan menguji sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari China dalam meningkatkan pengawasan genomik varian baharu.

Sumber: Samudera

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *