Connect with us

Terkini

Kesan gigitan di perut Bella akibat bergaduh dengan rakan serumah – Siti Bainun

Kesan gigitan pada perut Bella, berpunca daripada kejadian pergaduhan remaja sindrom down itu dengan bekas penghuni Rumah Bonda, Balqis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kesan gigitan di perut Bella akibat bergaduh dengan rakan serumah - Siti Bainun
Foto: Siti Bainun.
  • Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali ketika membaca pernyataan saksi dalam prosiding bela dirinya di Mahkamah Sesyen hari ini mendedahkan punca pergaduhan disebabkan Bella guna pencuci muka Balqis. 
  • “Selepas pakai (krim), (mereka) berlari (dan) berkejar satu rumah sebelum masing-masing gigit satu sama lain.” 
  • “Saya tidak dera Bella. Jika benar saya berniat untuk cederakan Bella, tidak mungkin saya cuba sembuhkan Bella, bertanya pada ahli farmasi ubat-ubatan sesuai untuk merawatnya dan habiskan wang ringgit beli segala keperluan dan ubat-ubatan terbaik untuknya.”
  • “Hasil pemeriksaan saksi pendakwaan kedua yang juga doktor di bahagian kecemasan dan trauma, Dr S Meenambigai, terhadap paru-paru, abdomen dan kaki Bella juga menunjukkan keputusan normal,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kesan gigitan pada perut Bella, berpunca daripada kejadian pergaduhan remaja sindrom down itu dengan bekas penghuni Rumah Bonda, Balqis.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, ketika membacakan pernyataan saksi dalam prosiding bela dirinya di Mahkamah Sesyen hari ini, mendedahkan punca pergaduhan itu disebabkan Bella mengguna pencuci muka Balqis.

“Dua-dua sebenarnya gigit-menggigit selepas Bella pakai pencuci muka Balqis.

“Selepas pakai (krim), (mereka) berlari (dan) berkejar satu rumah sebelum masing-masing gigit satu sama lain.

“Saya letak minyak gamat dan krim, malah saya marah dua-dua sama macam ibu bapa lain tegur anak-anak apabila bergaduh,” katanya pada prosiding hari kedua, hari ini.

Bagi kesan lecur pada badan Bella pula, katanya ia berlaku apabila termos berisi air panas tersimbah ke arah Bella ketika remaja itu bergaduh dengan Balqis pada Mei 2021.

“Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya cuba menyembuhkan Bella, bertanya kepada ahli farmasi ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya dan menghabiskan wang ringgit bagi membeli segala keperluan dan ubat-ubatan terbaik untuknya,” katanya.

Menurutnya, isu pergaduhan dengan Balqis itu juga diakui sendiri Bella ketika peguamnya bertanya remaja itu dalam prosiding pendakwaan sebelum ini.

“Saya pun tak faham kenapa Bella dengan Balqis ini tak boleh sesuaikan diri (tak boleh jumpa dan kerap gaduh),” katanya.

Dalam pada itu, Siti Bainun berkata, hasil pemeriksaan saksi pendakwaan kedua yang juga doktor di bahagian kecemasan dan trauma, Dr S Meenambigai, terhadap paru-paru, abdomen dan kaki Bella juga menunjukkan keputusan normal.

“Bella ini memang sangat-sangat sihat. Dia tidak ada sakit asma atau apa-apa sakit.

“Dapatan ini menunjukkan saya tidak pernah memijak perut, menendang perut, menyuruh berdiri lama dan apa jua jenis penderaan yang direka saksi tidak pernah berlaku.

“Malah, kaki Bella dilaporkan tidak bengkak, sedangkan saya dikatakan setiap hari mengarahkan dia berdiri terlalu lama,” katanya.

Pada prosiding pendakwaan 8 April lalu, saksi pendakwaan kelima, bekas penghuni Rumah Bonda di Wangsa Maju, Yasmin Nahar Mahmood, 20, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, Siti Bainun mengarahkannya menggigit Bella.

Katanya, arahan itu kerana Bella tidak mengikuti arahan tertuduh untuk berdiri di bahagian dobi sebuah unit kondominium yang didiami mereka di Wangsa Maju, di sini.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *